Sabtu, 5 Mac 2016

Ketegaq Silat Goreng Pagi Ahad


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Entahlah. Biasanya kita malas nak fikir. Jauh sekali nak masuk campur. Tapi kadangkala bila diasak kuat. Terfikir juga. Cepat-cepat abaikan. Diasak lagi. Abaikan. Diasak lagi. Tulis status facebook nak nyata pendirian... hehehe,


1. Satu sudut. Suka tengok semangat masyarakat nak tahu hukum hakam. Kaji secara mendalam. Itu petanda. Diri ada rasa hormat terhadap Syariat. Petanda. Tindakannya digarisi akal rasional. Sebab kaji dahulu hitam putih atau fakta sebelum lontar.

2. Tapi yang malas nak cara. Bila terlajak syadid. Bukan maksud saya ihtiyat. Tapi macam rasakan yang ia pegang sahaja betul. Orang lain salah. Dan wajib ikut kehendaknya.

3. Tidak kisah jika kita ulama atau pakar bidang. Tapi kalau kita pun tidak pernah menekuni bidang ini. Tidak punyai guru. Sekadar membaca dari buku yang dibeli di Kedai 1Malaysia, dengar orang biasa bagitahu, Search Google, tengok keratan youtube. Serius berat nanang.

4. Kemudian dengan bekal dari itu semua. Boleh pula bawa ke tengah awam. salahkan orang tu pertikai orang ni. Jaja ianya sebagai satu kesalahan. Aduss. Kalau bertanya atau inginkan kepastian tahan lagi.

5. Tak payahlah. Cukuplah. Dunia ilmu ni sangat luas. Mazhab pendidikan pun pelbagai. Ada Ribat Hadramaut, Pondok Patani, Ruwaq Mesir. Kalau dengar setiap isi perbincangan dalam setiap sistem itupun. Kita akan dapati terlalu banyak perbezaan. Dunia Ilmu ni sangat luas sedara. Inikan pula Malaysia. Tempat semua mazhab pendidikan berkumpul. Semua goreng sekali. Lagilah banyak perbezaan kita boleh jumpa.

6. Baik belajar-belajar pegang kitab khusus. Yang boleh kita rujuk bila ada masalah. Belajar kitab tu dari muka surat 1 sampai akhir tanpa langkau. Cari guru yang memang ahli sungguh lagi punyai sanad untuk mengajar. Cari tempat yang ada buka pengajian talaqqi. Duduk situ dan dengar orang berkitab. Lagi bermanafaat dan selamat.

7. Mulalah dari bawah dulu. Dari Mazhab Syafie. Akidah Asyairah dan Almaturidi. Nanti kalau dah sampai alim, boleh kuasai Alquran Hadis. Terpulanglah nak buat apa.

8. Hidup kita ini pendek je. Jangan sia-siakannya. Kalau sibuk nak pertikai orang. Sampai bila. Kita alim pun tidak. Bazir masa. Belum tentu lagi kita betul.

9. Lagi satu. Kalau tak tahu. Kita kena mengaku tak tahu. Jangan ajar diri mudah-mudah bagi fatwa. ORANG TAHU KITA TENGAH GORENG ! Dah rentung pun masih nak goreng.

Yang Benar;

Insan Goreng