Sabtu, 2 Julai 2016

Alkisah Wakil khalifah dan Penghuni Rumah Sakit


بسم الله الرحمن الرحيم


الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Alkisah Wakil khalifah dan Penghuni Rumah Sakit ;

Satu hari seorang wakil khalifah melawat sebuah hospital jiwa. Di sebuah negara arab. Pembesar itu bertemu dengan penghuninya. Maka berlakulah dialog;

Pesakit: Tuan. Waktu bila tuan rasa 'sedapnya' tidur? Sebelum, semasa atau sesudah tidur?

Pembesar: Sewaktu sedang tidurlah.
Pesakit: Macam mana tuan boleh rasa sedap? Padahal waktu itu tuan tidur. tidak sedar apa-apa.

Pebesar: Jika begitu. Selepas tidur.
Pesakit: Tuan. Tuan telah bangun. Sudah selesai tidur. Bagaimana tuan boleh rasa sedap?

Pembesar: Kalau keduanya salah. bererti sedapnya itu dirasa sebelum tidur?
Pesakit: Tuan. Tuan belum lagi tidur. Bagaimana tuan nak rasa sedap?

Pembesar mula pening. Dia berazam takkan layan lagi orang ini.