Selasa, 5 Julai 2016

Hebatkan Pendakwah Sufi?



بسم الله الرحمن الرحيم


الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Berbual dengan teman karib semalam. Bual punya bual. Sampai bab cara fikir orang dulu-dulu;

1. Orang dulu-dulu. Mereka the best. mereka pergi mana-mana. Mereka tegakkan Islam di situ. Mereka tak dipengaruhi, bahkan mereka yang mempengaruhi. Jika diperhati, biasanya mereka beraliran Sufi.

2. Dulu Cape Town, South Africa adalah tempat buangan. Bagi orang yang menentang Belanda. Menurut cerita Tg.Nik Aziz. Ada satu Tok Guru namanya Tok Guru Yusuf telah dibuang di sana. Dia dari Batang (Batam?) Indonesia.

3. Namun ajaibnya. Bila Tok Guru Yusuf pergi ke sana. Dia hidupkan Islam di sana. Sehingga satu ketika Muslim mempunyai hampir 50 orang wakil di parlimen. Juga beberapa menteri. Walhal muslim di sana minoriti. NGO yang muslim tubuhkan. Sangat berwibawa. Sampai orang kafir pula yang semangat nak join. KIta ada berlambak madrasah dan masjid di sana. Melayu Muslim di sana dipandang tinggi. Kerana kewibawaan mereka.

4. Nusantara kita dahulu. Ada macam-macam masalah. Tapi dengan kebijaksanaan Wali Songo. 9 pendakwah terkenal itu. Mereka berjaya pulihkan masyarakat. Malah hampir seluruh nusantara berjaya mereka Islamkan. Kalau amati, diorang punya cara memang mantap.

5. Ada tempat yang akhlak penduduknya memang hancur. Dengan jenayah, arak, judinya. Tapi pandainya Sunan Ampel ni. Dia didik anak-anak masyarakat tentang budi pekerti. Falsafah MO-LIMO. Mula-mula anak-anak bangsawan. Kemudian marhein pun join. Sehingga aman kembali kawasan takluk Majapahit itu.

6. Mereka tak serang dan hapuskan amalan penduduk setempat. Tapi mereka ubah kepada yang lebih patuh syarie. Hebatkan taktik mereka?

7. Teringat mafhum kata-kata Ustaz Syed Abdul Qadir Aljufri. Biasanya jika pendakwah yang masuk itu berorientasikan fiqh semata-mata (Fokus kepada halal haram). Sukar Islam nak kekal di situ. Tapi jika yang berdakwahnya adalah sufi. Insha Allah Islam pasti kekal lama. Sebab target mereka adalah hati.

Hebatkan orang dulu-dulu.. (^^,)