Sabtu, 2 Julai 2016

Mr.Know Everything


بسم الله الرحمن الرحيم


الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Mr.Know Everything;

1. Bendanya mudah. Cuma masyarakat perlu cermat.

2. Walaupun seorang asatizah itu masyi 30 juz Alquran. Hafalannya cair. Namun, jika ia tidak mendalami Ilmu Fiqh. Maka elakkanlah mengambil hukum darinya. Takut sesat nanti.

3. Jika seorang asatizah itu mahir Ilmu Fiqh. Tertib kitab dah daki semua. Tapi tak pernah belajar Ilmu Qiraat. Hanya terhenti setakat pengetahuan umum. Elakkanlah bertanya perihal qiraat darinya. Nanti ke laut jadinya.

4. Ustaz itu mahir Hadis. Setiap hari bergelumang Kitab Hadis. Ilmu rijal dalam kepala. Tiba-tiba kita tanya masail Fiqh tinggi-tinggi padanya. Walhal ustaz sudah kurang menekuni Ilmu Fiqh. Takut lopong jawapannya nanti.

5. Tok Fakir Pondok, Diploma, Ijazah, master, PhD. Jangan jadikan ini sebagai kayu ukur. Kita nak iktiraf kealimannya. Alim bermaksud pakar. Secara mudah fahamnya. Walau ulama bezakan lagi Alim, Alalim dan Alallamah. Apa kejadah Tesis pun plagiat. Duk pondok kerja membuta. Nak dipanggil alim?

6. Jarang boleh ketemu asatizah yang 'terkaya' semua ilmu. Ada yang ia belajar dan ada tidak.

7. Ilmu Agama bukan macam periksa STAM. Malam ni hafaz, esok boleh jawab, lusa dapat Mumtaz. Ilmu agama perlu melalui proses belajar yang 'real'...Aresso?