بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
Kebetulan tidak dirancang;
1. Dalam tahun 2001 tidak silap. Masa tu baru form 1. Terjumpa selembar kertas. Bertampal di dinding Surau SMA Alattas. Bercerita rintahan Umat Islam Chechnya. Menanggung seksa kekejaman Russia.
2. Tahun 2004. Waktu itu ada penceramah dijemput ke Surau SMA Alihsan. Bercerita tentang nasib Umat Islam di Indonesia. Juga bercerita taktik musuh memerangi Islam di Malaysia.
3. Masa 2006. Senior di Kulliah Padang Polo tayang video di Surau. masa inilah baru tahu Artikel 11. Kes murtad Lina Joy (Azlina Jailani). Juga semangat orang Islam ketika kemuncak Kes Natrah. Sanggup naik basikal dari Kelantan ke Singapura.
4. Masa Diploma. Sempat join program Perbandingan Agama anjuran UIA Indera Mahkota. Masa inilah kenal Brother Shah Kirit dan Team Saba' Islamic Media. Selalu lepak dengan En.Rosli (jika tidak silap namanya) di kedai Saba' Islamic Media di Kuantan Parade. Sekarang sudah di tepi MUIP Kuantan. En.Rosli rajin bercerita usaha dakwah diorang. Berdakwah kepada orang Islam yang nak keluar Islam. Kebetulan ada kawan kepada kawan aku yang nak keluar agama masa tu. Lagilah ambil serius kewujudan NGO sebegini.
5. Masa KIBA di Cherating. Ada kawan jemput pendakwah. Ustaz ini terlibat dengan dakwah non-muslim. Dia juga kenal kawan kepada kawan aku yang nak keluar Islam itu. Pengalaman berharga waktu ini. Sebab Ustaz ini mahir selok belok kandungan Bible. Siap dapat rasa pegang Bible. Juga diskusi isinya.
6. Masa di Rumah Pahang Hayyu Asyir. Ustaz Fadzli Imam Besar Masjid Negeri dijemput datang. Sebelum ini, Ustaz adalah Kadi Cameron Highland. Jadi banyak terlibat dengan dakwah masyarakat asal. Masa inilah dengar dengan telinga sendiri. Betapa banyaknya dana missionari. Jauh berbanding peruntukan Jabatan Agama Islam.
7. Masa banjir besar 2013. Jelas sangat ketara. Telah menjadi rahsia umum di Sungai Isap. Bagaimana pendakyah non-muslim labur duit sumbangan. Dengan dana yang sangat besar dari luar negara. termasuk Jepun.
P/s: Kita dahulu disedarkan oleh abang kakak kita yang perihatin. Bagaimana pula sumbangan kita buat generasi akan datang?