Sabtu, 27 Ogos 2016

Kamu perlukan teman macam kamu



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


[ Kamu perlukan teman macam kamu; ]

1. Bila ada berita. Kita selalu baca komen. Lalu kita mula perasan. Lainnya cara fikir orang. Ada kita sangat setuju, ada kita langsung tak boleh terima. Ada yang kawan kita rasa tak betul ni, kita pula rasa ianya sangat 'bernas'.

2. Begitulah juga dengan hidup ini. Bila cerita bab minat kamu. Baik nak buka kedai mainan, travel ke Cape Town , melabur cepat kaya, menternak siput, buka hospital sakit jiwa, belajar menembak, nak buat rumah di pondok (sekadar contoh rambang) dan apa sahaja.

3. Walaupun kamu enjoy bergaul dengan semua. Tapi ada part-part tertentu. Kamu perlu selektif. Hanya ceritakan kepada orang yang 'senada'.

4. Jika tidak. Kamu pasti kecewa. Lalu kamu mula rasa nak salahkan mereka. Sebab tidak understanding dan 'support' kamu. Lebih teruk macam nak 'down'-kan kamu pula.

5. Walhal manusia ni berbeza. Cara fikir, pengalaman, hobi, kesukaan tidak sama. Silap besar kamu ingat semua orang sama.

6. Tapi jika dah jumpa je yang 'sekepala'. 'Boleh' naik sekapal. Gunakan peluang itu semaksima mungkin. Abaikan halangan kecik-kecik. Sebab nak dapat 'persekitaran' memang bukan senang.

7. Bukan bermakna tak bergaul. Jadi kerang busuk. Dengan orang lain. Lain pula titik persamaan kamu. Yang penting topik itu masuk dan 'kena' dengan orangnya.