Sabtu, 6 Ogos 2016

Kompang dipalu


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


[ Kompang dipalu; ]

1. Kan bila dah 3-4 kenduri. Jaraknya saling setengah ke satu jam juga perjalanan. Terpaksa berpecah satu keluarga. Untunglah keluarga besar. Boleh grouping. Tak nampak sangat lopongnya.

"Ayah dan Ibu ke kenduri Mak Khaulah dan Ayah Ammu. Kamu pula ke kenduri Syamsu, Qomaru, Qusuf dan Khusuf ye..."

2. Suasana Kampung Lengkor dulu-dulu. Seawal petang Jumaat trektar dah start masuk ladang. Cari kayu api. Budak-budak pun berebut duk menyempil naik belakang trailer. Malam ke pagi orang tua nolong masak. Budak-budak pula main polis sentri. Satu kampung macam pesta.... Wuih Meriah.

3. Sempat masa Alattas. Orang kampung suka minta khidmat pelajar. Tolong 'angkat hidang'. Dulu-dulukan makan berhidang. Lauk pauk diletak dalam pinggan. Diatur satu sudut. Untuk 4-5 orang makan. Pukul 8-9 pagi tuan rumah dah jemput. Dijamu sampai kenyang. Diberi tuala mini satu sorang. Bila tetamu datang je. Bermulalah kerja melayan. Lauk pauk yang masih elok akan di 'recycle'. Tapi ada pantang larangnya. Jangan buat 'depan' orang ramai.... Wuih bahaya.

4. Budaya sebahagian orang kita. Kalau ada rezeki lebih. Tengah tak sengkek. Masa salam dengan bapa pengantin. Mereka selit duit sumbangan. Belah sini panggil salam kokoit (betul ke ni ejanya?). Ada juga yang bawa hadiah. Cuba bantu dalam diam. Mungkin kasihankan keluarga pengantin. Kos kenduri semua tahu bukan sedikit. Ribu-riban juga. Puluh ribu itu biasa. Teringat awal tahun dulu. Seorang sahabat baik lagi kacip. Yang terdesak nak cekaw duit. Untuk buat walimah. Sampai pergi ke bank nak usya loan... Touching mendengar.

5. Kata Jiran. Plan kendurinya nak buat kat rumah. Sebab saudara mara jauh nak kenal rumah. Tapi kata kawan kanopi pula. Buat kat dewan jimat. Kanopi dah tak perlu sewa. Kerusi banyak. Tetamu nak ke tandas pun mudah. Namun lain pula kata teman hanset. Dia senang je. Buat kat masjid malam Jumaat. Habis je semua aturcara. Jamu jemaah makan bubur kacang. Mudah lagi jimat.... huish tak terfikir.

6. Baru ni perasan. Ada sorang pakcik ramah betul. Bila difikir. Baru teringat. Sebelumnya ada penuhi jemputan haflah di rumahnya.

Adakala. Orang suka bila pemberian dan jemputannya kita hargai dan penuhi. Walaupun dia mungkin telah berhabis tenaga, duit dan kita pula tiada rugi apa-apa. Ukhwah semakin rapat dan cinta semakin mekar.... wuih ayat.

7. Asam garam hidup bermasyarakat. Dulu peranannya dimainkan ibu bapa kita sahaja. Kini kita perlu juga jenguk-jenguk.