Sabtu, 27 Ogos 2016

Kelakarnya Dunia Ini



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


[ Kelakarnya Dunia Ini : ]

1. Berselisih sikit terus isytihar musuh. Maka ramailah musuh sekelilingnya. Padahal benda diperselisih itu sedey amat. Geng Skin Head sekolah rendah pun boleh setel belakang tandas.

2. Mereka tak sedar ke. Makin banyak musuh bererti mereka makin lemah. Adat bermusuh. 97 bagus dan 3 salah. Orang akan tetap aim yang 3 salah itu. Molek sebelum ini ada boleh tolong backup. Sekarang dah terpaksa berdepan sendiri-sendiri. Nak buat macam-mana. Yang boleh jadi kawan dah dibuat musuh.

3. Mujurlah kalau dapat musuh jenis soleh. Tidak mengumpat jauh sekali nak fitnah. Habis kuat pun dia cakap;

"Enta ni... Tak buat dek nabi macam ni !! ". Sambil mengurut dada dan beristighfar.

4. Itulah. Adakala cara jalanan lagi best berbanding cara skima. Ajak main ps, main ping pong, lawan bowling, pergi ngeteh. Gelak-gelak dan konflik pun setel.

5. Sebab bermusuh itu berkait jiwa . Kalau jiwa dah suka. Konflik besar manapun kacang je nak selesai. Kalau dan benci. Yang kecik jadi besar.

P/s: IbrahHariMerdeka