بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
[ Operasi Kubur dan Musim Hujan; ]
1. Seingatnya. Jika di Kelantan. Mereka akan bina 2-3 bangsal beratap. Boleh alih. Jadi senang, bila ada sahaja jenazah nak dikebumi. Mereka akan pindah angkat ke situ.
2. Musim tengkujuh semakin hampir. Hujan mungkin turun saban hari insha Allah. Jadi urusan di kubur juga perlu diperkemas. Supaya teratur, memudahkan dan semua selesa.
3. Jika di Kampung Belimbing. Mereka ada 2-3 kanopi boleh alih yang besar. Jadi bila berlaku kematian sewaktu hujan. Mereka hanya perlu naungi atas liang lahad. Maka orang ramai boleh buat urusan kambus, baca talqin dan tahlil dengan selesa di bawahnya.
4. Kanopi yang lain pula. Boleh menjadi tempat berteduh buat kanak-kanak, orang tua dan mereka yang tidak terlibat.
5. Mungkin majoriti kubur sekarang sudah ada generator. Jadi mudah jika nak kebumi waktu malam.
6. Penting juga diperhati. Jalan masuk ke kubur. Perlu diturap dengan tar. Tak daya nak bertolak kalau lekat. Jadi satu kerja pula.
7. Inisiatif masjid tubuh Khairat Kematian memang bagus. Sangat-sangat membantu waris jika berlaku kematian.