Sabtu, 27 Ogos 2016

Sukan Olimpik dan Jurulatih



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


[ Sukan Olimpik dan Jurulatih: ]

1. Teringat satu Filem Animasi. Monster University tak silap. Satu hantu yang tak berbakat jadi hantu. Tapi dia tahu 'cara' nak jadikan hantu lain bagus (menakutkan). Dan dia sangat berjaya sebagai jurulatih.

2. Berbual dengan teman yang bukan sahaja pandai main bola. Tapi juga sangat berminat bab taktikal. Kini orang tidak hanya kaji hebatnya skill Cristiano Ronaldo atau Lionel Messi. Tapi juga keberkesanan corak permainan satu-satu pasukan. Baik Counter Attack, tika-taka, samba atau total football. Dan sudah pasti, Kebolehan jurulatih.

3. Bila ada yang kritik atlet. Sebab tidak menang gold medal. Lalu ada marah. Backup kata atlet dah main bermati-matian. Sebenarnya kita patut bina satu 'budaya'.

4. Kita berterima kasih pada atlet yang pastinya dah berusaha 100%. Tapi kita juga perlu budayakan sifat 'mengkaji'.

5. Sementara masih panas. Seronok kalau akhbar dapat hidupkan budaya mengkaji. Apa Negara Cina buat, sampai boleh fight dengan negara omputeh. Apa cara Keluarga Sidek buat, sampai Misbun, Razif, Jalani, Rasyid boleh jadi jaguh badminton dunia. Jemput panelis yang 'ahli' untuk berkomentar.

6. Zaman sekarang bukan macam zaman kita sekolah rendah. 20 tahun dahulu. Jika dapat nombor 1-7 dalam kelas. Maka kitalah saja yang layak menjadi pengawas, ketua pengakap, terpilih wakil sekolah main bola dan pengganti guru nak jaga kelas junior. Jika guru bermesyuarat.

7. Kita kini di zaman 'menilai' bakat dan kemampuan. Jika orang itu pandai bidang A. Tapi lemah bidang B. Maka koordinat orang itu di A. Dan koordinat B tempatkan orang lain.

8. Kata kawan (ku ubah sedikit analoginya), kita kini hidup zaman LEVERAGE. Zaman 
agihan tugas mengikut kepakaran. Zaman dulu budaya RAMBO. Semua benda hero nak kena buat.

9. Tulisan ini bukan bermakna penulis menyokong sukan renang. Atau seumpamanya yang mendedah aurat. Cuma nak 'highlight-kan' budaya yang patut kita semarakkan. Budaya mengkaji dan meletakkan seseorang tepat pada koordinatnya.