بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
Alhamdulillah. Lagi seminggu bulan Febuari akan masuk. Kiranya hampir sebulan jugalah aku berjinak-jinak dengan dunia gym. (25 Disember 2015 - 24 Januari 2016).
1. Bermula selepas asar. Aku akan ke Gym berdekatan KIPSAS. Dalam 6.45 petang, baru aku balik ke rumah. PUAS. Itu kalimah paling tepat untuk aku gambarkan lifestyle baru aku sekarang. Badan terasa semakin cergas, lebih yakin diri (sebelum inipun sudah sangat yakin), boleh duduk tawarruk (tahiyyat akhir) dengan baik (walaupun rasanya boleh buat lebih baik suatu hari nanti, insha Allah). Boleh duduk bersila dengan kedua kaki dapat diselitkan di bawah peha. Tangan, bahu, sekitar dada semakin pejal. Setakat ini, Alhamdulillah. Aku sangat berpuas hati dengan perkembangan diriku.
2. Mulanya dalam seminggu dua awal. Abang Trainer meminta kami biasakan dahulu dengan alatan gym. Berbasikal dahulu. Kemudian berlatih main bisep, trisep, chest, kaki dan beberapa lagi rutin asas.
3. Walaupun dengan membayar RM5.00 sekali masuk (walk-in), aku sudah boleh main semua peralatan. Tapi aku lebih berminat menjadi ahli. Dengan pendaftaran RM50 dan bulanan RM60. Jadi setiap hari, kami (ahli) akan bermain sekitar 4-5 rutin bebeza. Dengan 3-4 pusingan (set). Kemudian main lagi 4-5 rutin berbeza, juga dengan 3-4 pusingan (set). Kiranya dalam 45 minit jugalah lebih kurang jumlah masa untuk tamat. Kami dilatih lebih kepada untuk membina otot trisep, bisep, chest dan sebagainya. Dan yang sangat bermanafaat buatku, aku akan ditunjuk ajar oleh senior dan Abang Trainer sendiri, berkenaan cara menggunakan peralatan dengan betul.
4. Sebenarnya. Malas juga aku nak ceritakan perkara ini kepada kawan-kawan aku. Aku rasa, mesti ada yang jeling lain macam Insha Allah. Sebab, jika nak dibanding dengan biah di maahad tahfiz dan Universiti Alazhar. Tempat ini memang agak sosial. Bertepuk tampar tu biasa (aku tak buat k). Memang dah nama bersenam, banyaklah benda yang nak kena pejam-pejam mata, khususnya jika bercampur lelaki perempuan.
5. Alhamdulillah. Jika dahulu, ketika banyak makan, beratku sekitar 105kg, kemudian 102kg. Sekarang sudah main 100kg. Jika kurang makan, pernah cecah 99kg. Alhamdulillah. Mudah-mudahan boleh cecah ke berat ideal.
6. Alhamdulillah, aku sebenarnya tidaklah suka sangat makan sekarang. Cuma adakala, aku perlu menjaga hati Mie dan Abi yang penat lelah memasak. Jadi makan jugalah. Namun setelah follow Blog Kevin Zahari dan mengadakan pertemuan dengan Pegawai Dietetik Klinik Kurnia. Aku lebih memerhati pada makanan aku. Aku perhati kalori, dan jenis makanan yang aku ambil. Korang boleh search di internet dan download e-book percuma Kevin. Kevin Zahari popular dengan projek JK1M (Jom Kurus 1 Malaysia). Aku paling suka baca topik Success Stories dalam blog Kevin. Sangat-sangat memberikan aku inspirasi. Kevin banyak sematkan di fikiranku supaya mengira-ngira kalori makanan (sekadar main agak-agak. Tidaklah terlalu beria).
7. Teringin juga rasanya nak join JK1M. Mungkin banyak info-info berguna boleh aku belajar insha Allah. Aku juga teringin nak join Senam Robik, Zomba dan seumpamanya. Tapi itulah, aku perlu juga perhatikan pada fitnah yang bakal muncul. Mudah-mudahan Allah pelihara aku dan berikan aku cara terbaik untuk kurus dan sihat.
8. Aku tak berminat sangat dengan supplement, ubat kurus, fat-burner dan seumpamanya. Aku lebih suka badanku sihat semula jadi dengan bersenam dan menjaga pemakanan.
9. Seperti selalu. Aku pentingkan ambil mood. Jika untuk pengurusan dan kerja luar, aku ambil mood dari Drama Leverage. Untuk Ilmu, aku ambil mood dari kisah ulama. Maka untuk Perjalanan Sihat ini. Aku banyak baca Success Stories dari Blog Kevin Zahri:Success Stories.
10. Bagiku semua orang berbadan besar boleh tampan dan anggun. Baik lelaki mahupun perempuan. Semua boleh cantik. Dengan syarat, kita berusaha menjaga pemakanan dan bersenam. Penampilan segak dan anggun penting buat kita. Untuk lebih yakin diri berada di tengan masyarakat. Semua mata suka melihat kecantikan. Jadi sepatutnyalah kita juga perlu cantik. Baik luaran mahupun rohani. Tubuh badan mahupun pakaian. Seni pergaulan mahupun minda positif.
11. Okey. Sekadar tu coretan Perjalanan Kurus Pakwan Siri ke-2. Mudah-mudahan aku dapat perbaiki lagi pencapaianku. Mudah-mudahan Allah berkati laluanku ini. Wassalam.
Baca juga: Catatan Perjalanan Kurus PAkwan Siri 1