Jumaat, 22 Januari 2016

Rahsia dalam Rahsia


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


[ Rahsia dalam Rahsia; ]

Bila terlihat video yang menyentuh Habib Ali Aljufri.ha. (mungkin editor itu tiada niat mulanya). Hati rasa sayu. Banyak gambar tiba-tiba datang melayang;

1. Aku terbayang kalam-kalam Syeikh Ali Jum'ah.ha. Ketika itu kami berkumpul di Humaisarah. Maqam Imam Syazuli. Habib Ali Aljufri.ha turut ada ketika itu. Selepas rampasan kuasa.
2. Teringat tulisan Habib Ali Aljufri.ha ketika ambang perang di Yaman. Berkait Syiah Houthi.

3. Teringat tulisan Syeikh Abul Huda Al-Ya'qubi. Ketika mula nak perang di Syria. Tulisan hormat terhadap Syeikh Said Ramadhan Albuti walaupun tidak bersetuju.

4. Detik ketika Syeikh Said Ramadhan Albuti dibunuh. Ketika itu kami di sebuah Surau di H10. Habib Ahmad sedang mensyarahkan Matan Risalah Jamiah. Kelas terhenti. Habib jawab telefon. Kemudian riak Habib mula berubah. Aku tak boleh lupa peristiwa ini. Laju aku salin point-point berlian yang keluar dari mulut Habib ketika itu.

5. Aku tak boleh lupa kata-kata spontan dari Syeikh Rohimuddin.ha ketika nak pilihanraya Mesir. Kemudiannya Dr.Mursi.ha menang dan Syafiq kalah.

6. Aku teringat perbualan ringkasku melalui komen. Dengan Almarhum Ustaz Lutfi.ra. Jawapannya ringkas. Tapi amat-amat berguna buat dijadikan panduanku.

7. Aku teringat kalam-kalam mutiara dari Habib Abu Bakar Almasyhur.ha. Sebelum meletus perang di Yaman. Melalui satu klip video yang viral.

Semuanya seolah-olah nak memberitahu. Banyak lagi Rahsia dalam Rahsia yang tersembunyi. Tidak cukup dengan sekadar gambaran kasar dan sekelumit kecil maklumat yang sampai kepada kita, kita terus melenting mengamuk. Banyak lagi yang kita tak tahu.

Tiba-tiba gambaran ke-8 melayang. Sebuah cerita yang juga viral. Tapi pengajarannya bagus.

8. Satu hari ketika berburu. Seorang Ketua berhenti rehat di satu tempat. Dia dahaga. Terjumpa titisan air. Dia tadah dan kumpulkan untuk minum. Namun burung peliharaannya mengganggu. Sehingga beberapa kali. Dia marah.

Dibunuhnya burung tersebut............. Kemudian terdetik baginya untuk naik ke atas. Melihat sumber air tersebut. Namun dia ternyata sangat terkejut. Ada bangkai haiwan berbisa berhubung dengan sumber air itu..

Kan... Banyak Rahsia dalam Rahsia. Bukan semua kita berjaya stalk

P/s: Ini pandangan saya seorang je. Saya minat menulis. Tapi langsung tak berminat nak minta orang ikut.