Isnin, 7 November 2016

Perlahan-perlahan Pun Tak Apa

VIA IIUM CONFESSION

Assalamualaikum. Aku nak cerita tentang journey aku membuka hati aku ke jalan Allah. Thank you sebab sudi post ni dan baca luahan aku yg entah apa2 ni dan maaf sekiranya luahan aku ni panjang sangat ye.

Aku dulu freehair. Aku suka rambut aku mengurai panjang sbb aku rasa seronok bila orang tegur rambut aku cantik, sbb aku naturally ada rambut warna perang. Lagipun aku dari kecik sampai besar sekolah all girls convent. Jadi hal aurat ni aku tak pernah ambik kesah sangat. Sampai lah aku ditegur oleh cikgu lelaki di sekolah. Masa tu aku ambik keputusan spm, dpt straight A. Cikgu lelaki aku tu memang rapat dgn aku, so dia tanya lepas ni nak sambung belajar dekat mana. Aku cerita lah yang aku nak sambung kat universiti mana, ambik kos apa. Tengah syok2 sembang tetiba dia tegur, “Awak kalau pakai tudung lagi manis. Nanti dah nak masuk universiti belajar sama dgn lelaki, aurat kena jaga.” Mula2 aku meluat jugak kena tegur macam tu, tapi bila aku balik rumah fikir2 balik, ada betulnya jugak apa yg cikgu aku tu kata. Aku dahla tak pernah solat, nak pakai tudung tu jauh sekali. Parents aku tegur pun aku buat tak tau je. Tapi Allah tetap bagi aku rezeki melimpah. So aku berazam, aku nak start pakai tudung.

Masuk universiti aku tetap pakai tudung tapi macam biskut. Bila rajin, pakai. Bila malas, aku freehair. Niat aku nak belajar solat dan khatam quran lagi sekali pun terbantut. Lebih2 lagi aku berkawan ngn bebudak yg sama perangai cam aku, semua agama lintang pukang. Dan aku start ada boyfriend. Boyfriend aku tu pun tak jaga solat, kitorang pun tak jaga batas pergaulan lelaki dan perempuan. Haish bila fikir balik aku rasa jahil sangat2.

Mula tahun kedua, aku dapat roommate baru. Dia ni lain sangat dengan aku. Aku mula2 rasa meluat bila dia selalu ajak aku solat, check bacaan quran dia. Aku selalu marah dia, bagitau dia to mind her own business sbb kubur lain2, aku hidup aku, dia hidup dia. Tapi dia tetap jugak cakap lembut2 dgn aku, rajin bangunkan aku untuk solat. Sebab aku malas nak gaduh, aku ikut je apa dia nak. Lagi cepat ikut kehendak dia, lagi cepat aku boleh sambung tido. To be honest, ada terdetik jugak hati aku nak berubah, nak start solat, sbb aku rasa peaceful bila solat. Tapi aku sayang sangat nak tinggalkan all the fun things yg aku dengan kawan2 aku selalu buat. Sebab aku ada mindset mcm ni: kalau dah start berubah tu just go all the way and tinggalkan semua yg patut. Tapi aku sayang, sebab tu aku tak start taubat straight away.

Then on my birthday, aku yg baru balik dari dating dan berjimba ngn kawan2 aku terkejut tengok ada box bungkus kemas atas katil aku. Rupa2nya roommate aku bagi aku hadiah hari jadi. Aku memang ada bagitau dia minggu sebelum tu yg aku punya birthday haritu tapi aku tak expect pun dia akan bagi hadiah ke apa2. Aku bukak la kotak tu. Aku expect makeup ataupun buku, sbb aku suka makeup dengan buku. Tapi lain yg aku dapat. Dalam kotak tu tersusun kemas quran terjemah, shawl warna pink, telekung siap dengan sejadah lagi. Ada nota, dia tulis, “I know you are a good person at heart.” siap dengan smiley. Serta merta air mata aku jatuh, dan aku sedar betapa jauhnya aku dari Tuhan. Bila roommate aku masuk bilik balik, aku peluk dia dan aku mintak dia ajar semua yang aku dah lupa. Aku cerita dengan dia betapa kosongnya aku rasa hidup aku selama ni.

Sikit2 aku berubah. Aku potong rambut aku pendek macam lelaki, biar aku rasa malu nak tunjuk2 kat orang so that aku akan rasa terpaksa pakai tudung. Mula2 memang susah, tapi lama2 rasa macam pelik pulak kalau tak pakai tudung. Even bila rambut aku dah panjang balik pun aku still rasa malu nak bukak tudung. Aku try solat on time, baca quran sikit2. Aku ajak boyfriend aku berubah. Kawan2 aku heran tengok perubahan aku, tapi diorang tak kritik. Aku ajak diorang pakai tudung sekali, solat sekali, pergi program tilawah sekali. Sorang demi sorang diorang start pakai tudung. Alhamdulillah, sekarang kitorang semua 3 orang dah pakai tudung. Dan kami semua graduate universiti dengan jayanya, berkat dari rahmat Allah. Boyfriend aku tu pun dah jadi suami aku yang mampu imamkan solat aku, bangunkan aku untuk subuh, aturkan bacaan aku.

Aku bukannya nak bukak aib aku sendiri, tapi aku post luahan ni sebab aku nak menginspirasikan umat2 Rasulullah yg tengah struggle nak berubah. Take small steps. Semua benda pun ambik masa. Contohnya aku, 5 tahun aku ambik masa untuk bertaubat. Yang penting, kena teruskan usaha cari hidayah Allah dan pedulikan apa yang orang kata. You do you. Dan untuk pendakwah pulak, kalau nak berdakwah, ada cara yang lagi baik daripada menyindir dan menyentapkan orang. Guna cara lembut. InsyaAllah orang akan terbukak hati untuk terima teguran.

Thank you readers for reading my confession, assalamualaikum and peace out!

– Sha