Isnin, 28 Ogos 2017

Belajar hormat orang

Aku dah terbiasa budaya hormat. Hormat pada yang tua walau setahun dua. Hormat pada yang belajar agama, walau tidak alim. Hormat pada yang baru kenal, walau orang biasa-biasa.

Bila kita dah biasa hormat orang. Diwaktu-waktu lain, tubuh badan kita akan refleks hormat orang. Baik lawan mahupun musuh.

Bila seseorang itu tidak hormat orang. Untuk dirinya, oklah aku hormat. Tapi dalam nilaian mataku, satu value penting dirinya dah hilang. Melainkan sudah takdir, namun jika sepakat dengan takdir, ia antara orang terakhir yang akan aku pilih untuk satu-satu posisi.

Belajarlah menghormati. Kau akan mendapat kembali apa yang kau labur.