Selasa, 29 Ogos 2017

Mimpi pagi

Baru lepas solat zohor. Tapi tadi aku mimpi, agak menarik.

Tadi aku mimpi. Aku pergi ke kaabah. Latar masa seperti malam. Orang sangat sedikit. Aku sampai boleh terus ke kaabah. Aku peluk kaabah. Kaabah jadi kecil. Dalam 3/4 kaabah berada dalam pelukanku.

Kemudian aku masuk kaabah. Aku seperti masuk ke bilik persalinan. Ada kerusi. Dalamnya ada baju besi kepunyaan nabi. Tapi bila pegang, rasanya bukan seperti pegang besi. Aku cium bahagian hujung baju perang itu. Kemudian aku pegang pedang nabi, aku cium juga. Aku cium puas-puas sehingga terjaga. Aku teringat, warna kedua-duanya macam warna emas tulen. Yang nak ke kuning tu.

Esok dah bertolak ke Arafah. Moga Allah membantu.