Khamis, 24 Ogos 2017

Jangan hina pekerjaan orang

Kecenderungan setiap manusia berbeza. Ada banyak perkara kita nak timbang, sebelum pilih satu-satu jalan.

1. Bukan semua orang suka kerja government. Ada pencen, mudah buat loan, cukup bulan dapat gaji.

2. Bukan semua teruja jadi usahawan. Untung bulanan puluhan ribu. Tak fikir panjang jika nak beli kereta mewah, rumah besar, pergi melancong.

3. Bukan semua bahagia dikelilingi kerja agama. Dari bangun pagi sampai tidur malam. Masa dihabis bertugas imam, guru tasmik, ajar fiqh, ajar ilmu agama.

4. Bukan semua bersemangat jadi pengusaha. Boleh usaha dari A-Z. Susah payah tulang empat kerat, rasa puas bila boleh untung ratusan ribu dan juta-juta.

5. Bukan semua seronok jadi Doktor, polis, tentera. Khidmat tanpa perlu fikir imbuhan gaji, tau-tau hujung bulan terima gaji. Fokus kepala, tolong dan berkorban demi kesejahteraan orang lain.

Kita berbeza. Cara fikir dan kemahuan kita berbeza. Jadi, mesti tau menghormati kehendak orang lain. Kita mungkin ada hujjah untuk pilihan kita. Tapi ia bukan tiket untuk kita menghina pilihan orang lain.