Sabtu, 5 Ogos 2017

Kenapa kepala teringat?

Antara perkara yang sering terjadi dalam hidupku. Bila aku ingat ke seseorang. Dia pun tiba-tiba akan muncul.

Bila tengok hanset, miss call darinya dah beberapa kali. Bila buka data, mesej wasap darinya masuk, bila buka facebook mesej dia tiba-tiba muncul. Tengah berjalan tiba-tiba terserempak dengannya. Bila berbual dengan orang lain, tiba-tiba dia muncul.

Aku tanyakan pada sorang kawan. Adakah ini dinamakan telepati. Kita ingat kat orang, makna orang tu ingat kita. Macam gelombang-lah. Dia kata begitulah (lupadah ayat penuh dia). Nak tak nak aku percaya cakap dia. Dalil mana dalil...  hehe. Saje je..

Sampaikan. Kalau nak ulas pasal seseorang. Aku tersangat berhati-hati. Sebab dah biasa terjadi, dia muncul kat belakang.

Nah. Siang tadi pun ramai orang yang aku ingat. Entah macam mana, masa on-wifi di Masjid Nabawi tadi, boleh pula mesej depa-depa ni muncul. Aku teringat kat sorang lain, naik lif masuk ke dewan makan, pergi side belakang. Boleh pula jumpa dia, walhal penuh orang.

Tadi duk ingat doa yang sorang pakcik ni kirim. Dalam kepala selalu duk lalu kelibat dia. Dan-dan buka hanset tadi, pakcik ni ada miss-called.

Nah sekarang pun pun ada tiga orang yang aku ingat. Mujur diorang tak mungkin muncul insha Allah. Kalau tidak, hui macam cerita hantu pula rasanya. Aku dahlah tak minat cerita hantu.

Tapi yang pelik. Sehari dua ini. Banyak pula mimpi seram aku alami. Aku bukan taknak baca doa, biasapun jarang miss. Tapi kes terlelap cepat sangat. Mungkin kat luar bahang boleh tahan. Masuk hotel udara aircond pula nyaman. Memang mencabar.