Jumaat, 11 Ogos 2017

Cara ziarah luar Madinah Almunawwarah (hop on-hop of bus)

Ketika Ziarah Kota Madinah. Adakala kita mahukan gambaran terperinci selok-belok kota madinah. Kita mungkin maklum sejarahnya, lokasinya. Tapi sayang, adakala kita sendiri tak pernah sentuh atau jejak tempat tersebut. Bas sekadar lalu sahaja. 

Selain request kawan hantar ataupun dengan teksi. Ada lagi satu cara kita boleh selongkar habis tempat-tempat bersejarah. Iaitu melalui perkhidmatan Hop on-Hop of. Melalui bas dua tingkat double-decker. Kita akan dibawa mengelilingi Kota Madinah Almunawwarah. Terdapat lebih kurang 11 check point. 

Yang bestnya. Kita boleh turun mana-mana check point. Kemudian kita boleh solat, ronda-ronda, tangkap gambar dan hayati tempat tersebut sepuas hati. Selepas puas, kita boleh ke bus-stop khusus, yang disediakan pihak persiaran, untuk nantikan bas seterusnya. Setiap 30 minit. Sebuah bas akan berhenti di check point. Kita boleh naik dengan tunjukkan tiket yang kita beli mula-mula sebelum naik bas tadi. Rutin laluan semua bas adalah sama. Setiap check point sudah diberikan giliran yang tetap. Jadi kita boleh ke check point seterusnya, tanpa perlu bimbang ada check point yang kita terlepas atau berulang ke check point kita sudah lawat.

Lokasi untuk naik bas. Betul-betul di belakang Masjid Nabawi. Jalan besar menuju uhud. Boleh ke kiosk, untuk beli tiket.



Harga tiket SR60. Untuk 24 jam. Cuma waktu operasi 4 pagi - 12 tengah hari dan 4 petang hingga 12 malam. Walaupun sekadar resit biasa. Gayanya macam mudah rosak. Tapi pastikan anda simpan sebaik mungkin, sebab nanti driver nak cek.

Suasana dalam bas tingkat bawah

Syarikat pengendali bekalkan kita peta check point. Jadi boleh studi dan rancang perjalanan kita. Mana kita nak berhenti

Satu yang best. Pihak pengendali sediakan rakaman tourism-guide. Sekali dengan earphone. Dalam perjalanan, suara rakaman akan ceritakan kisah dan sejarah-sejarah kawasan yang bas lalui. Terdapat tujuh bahasa kita boleh pilih.

Lokasi bus-stop di kawasan Khandaq

Biasa hanya sekadar lalu sahaja. Tapi kali ini, siap boleh masuk, solat dan hayati persekitaran khandaq  ini

Masjid Fath pun kita boleh tengok dari dekat

Gambar Masjid tujuh diambil dari atas

Biasa sekadar datang Solat Dhuha di Masjid Quba. Ini solat maghrib, siap duduk saf ketiga lagi

Gambar kedudukan rumah-rumah sahabat. Ditangkap sewaktu pusing-pusing muzium dibelakang Masjid Quba.

Pemandangan dari atas bas double decker. Nak sejuk boleh masuk bahagian aircond. Nak rasa angin, boleh duduk bahagian belakang

Cadangan ketika naik bas ini. Buku sejarah Madinah perlu ada di tangan. Baru seronok nak selongkar Bumi Madinah ini. Di Malaysia, Dr.Abdul Basit ada buat. Tapi kalau nak beli di Madinah, kedai-kedai buku biasa ada. Belakang Hotel Movenpick ada. Hotel Movenpick Gate no 15 tak silap.  Yang ini saya beli di Masjid Quba.