Jumaat, 25 Ogos 2017

Wajib kumpul artikel dan letakkan diaplikasi


Aku jenis suka membaca. Tapi aku tak suka artikel yang nak boleh ke baca tu payah. Terpaksa buka internet, masuk ke FB atau Google. Kemudian scroll pula. Kalau terlajak atau tersilap tekan, kena mula scroll baru semula.

Aku suka macam geng The Patriots buat. Bina aplikasi sendiri dan mudahkan interface.

Banyak artikel dari geng lain yang aku suka baca. Contohnya IIUM CONFESSION dan FOCUSS. Artikel dari situ best. Tapi sayang, nak boleh ke baca tu. Kena buka FB dulu. Punyalah leceh. Udahlah, aku pula jenis PENYAHAKTIF tegar FB. Waktu nak STALK je buka FB.

Mujurlah OFFICESUIT dan PDF DRIVE? banyak membantu. Khusus untuk baca kitab PDF.

Nak je aku cadangkan. Semua buku manual, panduan, teks, rujukan, atlas dan semua jenis buku. Mesti dibuat PDF dan diupload naik ke internet, percuma dan mesti dikumpul di satu tempat. Ganjaran pahala dari Allah. Aku ingat, mungkin ramai juga yang follow insha Allah. 

Erm.. mungkin... mungkin..