Sabtu, 9 Ogos 2014

Adakah Empayar Islam bakal Kembali?

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
 



Belum Sampai 100 tahun jatuh;

Sejak Peristiwa Fathul Makkah (7h) sehinggalah kejatuhan Khilafah Uthmaniyah Turki (1342h). Sudah seribu lebih tahun Islam menjadi suatu kuasa yang dominan di muka bumi,

Sumbangan Cendekiawan Islam membaiki Tamadun manusia melalui tokoh2nya Ibn Sina, Alfarabi, Alkhawarizmi dan Ibn Battuta,

Juga Pahlawan2 Islam seperti Salahuddin Alayyubi, Tariq bin Ziyad dan Sultan Muhammad Alfateh yang menyelamatkan Umat Manusia dari Penguasa2 Kejam ,

Tidak lupa kepada Mujaddid2 Islam yang "merawat" ahwal ummah seperti Khalifah Umar Abdul Aziz, Imam as-Syafie, Imam Abu Hassan Asya'ari, Hujjatul Islam Imam Alghazali, Imam Fakhrur Razi, Imam Ibn Daqiq Al-aid, Imam Bulqini dan Imam As-Syuti,

Dan kini tahun 1435 hijriah. Belum genap lagi seratus tahun dari kejatuhan Empayar Uthmaniah Turki,
Adakah Umat Islam akan kembali bertaut? Juga mungkinkah Sejarah Keemasan Islam sedikit lagi bakal tercipta?


‪#‎Pray4Gaza‬
‪#‎Pray4MH17‬