بسم الله الرحمن الرحيم،
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله ،
19 Ogos 2014
Semalam aku menaiki sebuah bas, kerusinya berwarna biru. Aku duduk dalam baris ke empat begitu dan berkedudukan di sebelah kiri bas.
Aku duduk dikerusi kanan dan kerusi kiriku kosong,
Tiba-tiba aku terlihat seorang gadis berdiri seolah-olah sedang beratur menunggu giliran untuk turun dari bas. Gadis itu memakai baju kurung berwarna merah dan wajahnya hampir pasti seolah-olah wajah yang amat-amat aku kenali i'Allah,
Aku tidak memanggilnya, aku hanya memandang kembali ke sebelah kiriku. Namun hatiku ketika itu sungguh gembira dan bibirku tersenyum. Adakah aku sedang dilamun cinta?
20 Ogos 2014
Pagi tadi aku bangun dengan rasa yang sangat-sangat bahagia. Terima Kasih Allah kerana memberikanku hadiah mimpi tadi,
Ketika itu waktunya pagi. Aku dan isteriku sedang menyiapkan anakku yang bakal masuk ke sekolah rendah. Suasana sangat berkehendakkan kami cepat dan mengejar masa. Walaupun begitu, aku sangat terhibur dengan suasana itu, disamping telatah anak kami yang ke sana ke mari itu. Perasaanku ketika itu sangat bahagia, ku usap-usap dan ku peluk anak kami itu dengan rasa sayang yang amat. Perasaan seorang ayah yang sangat menebal,
Yang peliknya, walaupun aku sedang membentuk tali leher (tie) buat anakku. Namun isteriku juga sama, dia juga sedang membentuk tali leher untuk anakku, biasalah mimpi kan?...hehe, Memang selalu ada perkara-perkara gharib (pelik),
Kemudian aku pergi ke ruang tamu kami (yang boleh tahan besarnya). Seorang sahabatku sedang duduk di sofa dan menonton movie menarik di televisyen, tidak silapku ianya dilakonkan oleh The Rock. Aku duduk di sebelahnya,
Tapi sayang wajahnya kelihatan seperti tidak selesa dengan cara layananku yang sangat lembut terhadap anakku. Beliau bercerita akan orang-orang di luar yang lebih suka menengking dan pukul anak mereka jika buat salah (banyak kerenah).
Aku memberitahunya, aku lebih suka cara lembut dan tidak memukulnya. Aku berharap dia juga tidak menengking anakku. Aku takut anakku akan mencontohi sikap suka menengking itu nanti,
Kemudian anakku ke ruang tamu. Anakku memberikanku biskut. Aku mematahkan sikit dan makan. Wajah temanku berubah lain, mungkin tidak senang dengan suara anakku yang mengganggu suara televisyen. Aku lantas mendukung anakku dan beredar ke belakang,
Kemudian aku pun terjaga dari tidur dan sudah masuk Subuh. Oleh kerana rasa bahagia yang teramat sangat, selepas solat tadi aku terus mencoretnya di sini sehinggalah sampai waktu ini.