Sabtu, 9 Ogos 2014

Bila Masalah Adab dan Akhlak dipinggir oleh Guru

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



Menyemai Benih Adab Penuntut Ilmu;

Jika dahulu setiap kali Ramadhan pastinya kelibat Syeikh Nuruddin Almarbu Albanjari Almakki amat ditunggu2,

Walaupun tidak dapat menghadiri kelas Syeikh secara penuh disebabkan pertembungan kelas. Namun pelajar2 biasanya akan cuba juga mencari waktu2 kosong untuk berada di dalam Majlis Tafaqquh Syeikh. Walaupun sekadar sehari dua,

Penangan Syeikh dalam membentuk Adab2 penuntutnya amat2 membekas.
Dicelah dunia ilmu kini yang hanya pentingkan pemindahan maklumat semata2. Syeikh muncul dengan penekanan terhadap Adab dan Akhlak. Adablah anak kunci kepada Ilmu,

Teringat ada antara kami yang hanset berbunyi dicelah2 pengajian, duduk bersandar ditiang, bermain2 pen, duduk tidak sopan, apatah lagi jika berbisik2 dengan rakan sebelah,  Bila sahaja ianya terperasan oleh Syeikh, dengan serta merta suasana pengajian berubah menjadi amat2 tegang dan mendebarkan lantaran jerkahan Syeikh,

Syeikh Nuruddin.ha dan Tuan2 Guru Pondok Nusantara kita dan Yaman seperti kebiasaan amat2 menitik beratkan soal adab,

Adakah kerana Syeikh mahu dirinya diangkat setinggi langit? Dipuja seluruh alam? Nauzubillah... jauh sekali begitu. Inilah yang dinamakan proses 'menyemai' biah beradab,

Jika ianya didiamkan, tidak diberitahu, mahupun ditegur dan dibentuk Syeikh, maka sampai bila2 pelajarnya tidak akan tahu bagaimna beradab dan langsung meremehkan adab.

Kerana itu ada banyak kitab2 masyhur yang dikarang ulama hanya bercerita perihal adab sahaja antaranya Kitab Ta'limul Muta'allim 'ala Toriqul Ta'allum karya Syeikh Az-Zarnuji.ra,

Tidak cukup dengan itu,
Para Masyaikh dan Habaib ambil pula kitab2 ini dan bentangkan pula di dalam Majlis2 Pengajian mereka,
Tidak cukupkah lagi ini sebagai hujjah betapa kini kita perlu sentiasa ingatkan diri kita dan sahabat2 Penuntut Ilmu akan perihal pentingnya Adab?

Teringat kalam Amirul Mukminin Khalifah Umar bin Abdil 'Aziz yang dipetik Allamah Abdullah Sirajuddin ketika mensyarahkan AlManzumah AlBaiquniyyah;

"Sesungguhnya Ilmu tidak akan binasa sehinggalah ianya didiamkan"
Persoalan timbul;


Adakah Adab dan Akhlak itu bukan suatu Ilmu?