Sabtu, 9 Ogos 2014

Meriahnya berpuasa di Mesir

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
 


Menu berbuka apa hari ini Achik?

Antara detik paling meriah di Mesir ialah ketika saat nak berbuka bersama Ahli Bait, sangat2 mengecohkan..(^^,),

Masa itulah yang bertugas sedang memasak, ada juga yang tolong kupas buah, tolong bancuh air, tolong belikan barang2 dapur yang belum cukup,

Tidak kurang yang keluar masuk dapur sebab nak ambil 'mood' dan juga rasa 'saja2' nak ke dapur...ohh?
Menghidupkan suasanalah katakan...he3,

Bermula fatrah imtihan dalam Mei lalu, masing2 dengan dengan hal sendiri. Kadang2 jumpa pagi ketika sama2 keluar rumah...kadang2 jumpa malam ketika berebut tandas dan air minum... kadangkala tak jumpa terus seharian,

Masa inilah saat seronok nak berbual perihal keluarga, kehidupan, pandangan dan melayan titik pertemuan bersama sahabat2 Ahli Bait,

Rupa2nya banyak lagi kita belum tahu walaupun dah berkongsi rumah bertahun2 lamanya di Ardul Kinanah ini...

Mudah2an Allah merahmati silaturrahmi yang terjalin ini...

Gambar: Menu Ikan Bakar oleh Ana Ikan Bakar Petai Tanjung Lumpur... eh silap... oleh Ustaz Nikmat sebetulnya... he3 (^^,),