Sabtu, 9 Ogos 2014

Menyelami Dunia Ulama di Negeri Pahang



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Menyelami Dunia Ulama di Negeri Pahang;

Alhamdulillah...
Takdir Allah semalam ada mendengar Ustaz Fairus bercerita perihal sejarah Melayu yang asalnya kuat mengamuk dan sentiasa tersisip keris.

Namun kemudiannya terdidik dengan dakwah dari Ulama' Yaman. Sehingga kini tinggalan perkampungan mereka di Kampung Tekal Temerloh masih kelihatan. Berbual perihal sejarah dengan Ustaz Fairus memang terbaik,

Baru-baru ini juga ada berbul dengan Ustaz Iqbal Hanif perihal sejarah Sek Men Al-Attas ketapang. Kisah Zaman kegemilangannya dulu yang melahirkan lulusan bertaraf mufti. Juga penerapan Habib Hassan Al-Attas sehingga pelejar-pelajarnya sangat mahir berbahasa Arab,

Alhamdulillah Negeri Pahang terus Subur berkat Habaib dan Masyaikh
yang bekerja keras... Allahumma Ameen