بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
Malaysia yang ku cinta,
Engkaulah antara nikmat terindah,
Pemberian Tuhan Maha Kuasa,
Bahagianya aku saat bermadah,
Mengenang bertuahnya Malaysia tercinta,
Malaysia yang ku cinta,
Cantiknya bumimu memukau jiwa,
Kehijauan hutanmu menyejukkan mata,
Deru Air terjunmu sangatlah merdu,
Berbaring di pangking merenung Yang Satu,
Malaysia yang ku cinta,
Rakyatmu kini semakin berdikari,
Dari Merangka Jam di Tanah Suci,
Membina airport di Luar Negeri,
Hingga ke Afrika Petroleum deterokai,
Malaysia Yang Ku Cinta,
Bertuah rakyat sukakan kemajuan,
Akhlak lembut mengikut Yaman,
Amalan bekerja mencontohi Jepun,
Dasar pendidikan meniru Jerman,
Malaysia Yang Ku Cinta,
Disebalik lembutmu ada ketegasan,
Ke Ghazzah engkau sebagai sukarelawan,
Ke Lubnan engkau sebagai Pengaman,
Ke Acheh engkau hulurkan bantuan,
Malaysia Yang ku Cinta
Tempat menghargai Ulama pilihan,
Selamat datang AlHabib Omar,
Ahlan Wasahlan Syeikh Ali Assobuni,
Welcome here Syeikh Hamza Yousuf,
Syukran Jazilan Dr.Usamah Alazhari,
Ilal liqo' Dr.Yusuf Alqardawi,
Malaysia yang ku cinta,
Walau Rakyatmu berbilang kaum,
Biar ideologinya berbilang arah,
Alhamdulillah masih kembali bercantum,
Mungkin faham batas ammarah,
Oh Tuhan Maha Penyayang,
Lindungi Malaysia setiap masa,
Berkati Malaysia disetiap ketika,
Rahmati Malaysia seluruh Rakyatnya,
Peliharakan Malaysia Negara ku Cinta,
Uwies Abdul Rahman,
31 Ogos 2014,
Kaherah -Mesir,