Khamis, 18 Mei 2017

Aku rasa tiada langsung ilmu

1. Bermula Sabtu lepas hingga malam ini. Aku memang rasa takde langsung ilmu. Macam apa yang aku belajar selama ini, bagaikan hanya setompok air di tengah rumah yang luas. Waw.. Entahkan sempat atau tidak, sekurang-kurangnya aku jadi seperti guru-guruku.

2. Bermula kelas Syarah Mukhtasar Jiddan. Pergh.. Ustaz Zul Mukhsah main takdir memang tak ingat dunia. Sekurang-kurangnya sebab aku dah belajar nahu, dah hafaz tasrif, basic nahu pun bolehlah, dari geng-geng

" maf'ul, akhwat inna kana, mubtada/isim muakkhar khobar muqoddam, hal, jenis rofa, nasob, jar, jazam, mamnu' minas sorfi. Kiranya meliputi basic kitab Nahu Wadeh/Tuhfah saniyyah/matan ajrumiah/sikit-sikit i'rob dari qissotul i'rob..."

3. Tapi bila Ustaz Zul dan syarah. Main takdir. Pergh.. tak terkejar aku. Aku pernah belajar takdir. Kainun, mustaqirrun.

" Aljar wal majrur muta'alliqoni bi khobaril mahzuf taqdiruhu kainun/mustaqirrun.."

4. Tapi Maha Suci Allah, cara Ustaz Zul ni memang superb. Sampai terdetik rasa, bolehkah aku mahir sampai tara ni. Adakala, jadi pana aku. Tangan aku je salin mana dapat. Bila dah beberapa ketika, baru nampak apa Ustaz cerita tadi. fuh !!

5. Ini aku baru balik dari kelas Ustaz Khairul Azmi. Allahuakbar... Seorang lagi guru hebat.

6. Kemahiran UKA dalam Ilmu Hadis sangat awesome. Istilah-istilah mustalah hadis usah ceritalah. Itu dah memang makanan ustaz. Tapi yang lebih buat aku rasa, betapa tingginya dia terbang. Bila kupasannya tentang rijal. Susuk perawi, method kajian, kaitan diantara satu rowi dengan rowi lain. sejarah rowi.

7. Teringat kata Ustaz Rosma. Seseorang yang mahir ilmu rijal itu. Mesti kenal sungguh, macam rowi tu orang yang rapat sungguh dengan dia (tak silap). Mungkin tidaklah sampai tahap itu (Wallahua'lam). Tapi persaanku ketika mendengar huraian UKA, rasa macam dah sampai situ, walau mungkin cuit sikit-sikit je kot.

8. Tapi serius. Hebatnya penguasaan ilmu Hadis UKA.

9. Teringatkan mereka. Buatkan aku rasa kerdilnya diri. Sekadar khidmat benda mudah bolehlah. Tapi untuk jadi ustaz sampaikan ilmu. Mungkin sampai mati tak layak.

10. Apapun. Aku perlu ubah sikap. Perlu lebihkan murojaah. Sebab adakala, satu benda itu aku dah belajar. Tapi sebab tak murajaah, terus lupa. Tu jadi pana tu.

Allahu Rabbi.