Sabtu, 13 Mei 2017

Nekadkan azam

1. Petang itu di gymnasium. Perasaanku dihambat rasa ada benda tak settle (sila baca coretan sebelum ini). Nak habaq malas, nak teruskan membisu rasa tak kena.

2. Malam itu. Sebaik selesai Solat Mahgrib aku buat pengumuman.

3. Beritau pasal yang berlaku Zohor tadi, aku tersilap. Bila aku tertambah rakaat, maka makmum betulkan, aku akurlah salah. Lalu aku turun. Cuma aku tersilap sebab tak buat sujud sahwi. Aku cerita asbab sujud sahwi. Ada juga dengar soksek-soksek di belakang.

4. Aku beritahu. Jika nak rujuk boleh buka Kitab Albahru Alwafi, yang merupakan alih bahasa dari I'anah Tolibin susunan Sayyid Bakri, I'anah pula adalah hasyiah bagi Fathul muin susunan Syeikh Mulaibari. Syeikh Mulaibari adalah anak murid Imam Ibn Hajar. Imam Ibn Hajar dan Syeikh Ramli adalah dua Mujtahid Tarjih dalam mazhab kita. Jadi Syeikh Mulaibari adalah anak murid kepada Imam Ibn Hajar.

5. Makmum mula diam. Saje nak kuatkan yakin diorang. Apa yang kita habaq ni, sumber ambilannya dari mana.

6. Kemudian aku ulang lagi. Konklusinya kena sujud sahwi (sunat). Aku tinggalkan mereka. Lepas solat sunat, aku cepat-cepat keluar, langsung tak hirau, siapa yang akan bawa tahlil. Kebetulan malam nisfu Sya'ban.

7. Sampai rumah. Aku contact Anep, ajak lepak. Saje nak lari dari dunia aku kejap. Malas nak fikir.

8. Sampai sekarang. Fikiranku duk ulang tayang peristiwa tu. Aku tak kisah. Cuma setiap kali lepas ceramah yang aku buat sepenuh hati atau cincai-cincai. Inilah yang kerap berlaku. Perkara itu menghantui aku.

9. Mudah-mudahan ianya hilang. Aku malas nak ambil port mikir. Tapi hanya Allah yang tahu mana terbaik. Wallahua'lam.