Selasa, 23 Mei 2017

Selasa, 8 Syawal 1408 Hijrah.

Abang sedang mendukungku

1. Maka masuk sahaja pukul 00:01 malam. Genaplah umurku 29 tahun. 24 Mei 1988, aku dilahirkan di Kampung Seri Makmur pada Hari Selasa bersamaan 8 Syawal 1408 Hijrah. Pukul 5:15 pagi.
2. Aku punyai tanda lahir yang agak unik di dagu. Justeru ramai yang terkeliru. Aku pernah ditegur sewaktu di Alattas dan TAHAP kerana disangka menyimpan janggut.
3. Sewaktu kecil, ada pakcik yang memanggilku dengan Tok Janggut. Jadi dahulu aku agak sensitif jika diejek akan tanda lahirku ini. Kini tidak lagi, sebab ramai sangka ianya janggut.
4. Sembilan bulan sebelum aku lahir. Ibu bapaku dan abang mengerjakan Haji. Tak silapku dalam 31 Ogos 1987 (Nanti aku rujuk semula i'Allah), mereka mendarat di Malaysia.
5. Masa kecil ramai cakap aku lahir atas kapal terbang. Aku pun tak faham. Ada cakap aku ni 'dapat balik dari Haji. "
6. Kini baru aku faham makna gurauan mereka. Wallahua'lam, aku pun tak direct tanya Mie Abi.
7. Beza umurku dengan abang 10 tahun. Ketika Abang meninggal, setepatnya pada 20 Mac 1996 (30 Syawal 1416), selepas Asar sebelum Maghrib. Abang ketika itu sedang tunggu result SPM tidak silapku. Umurnya mungkin dalam 17-18 tahun. Umurku pula tidak silap 8 tahun. Jadi beza dalam 10 tahun insha Allah. Aku dengan adikku pula berselang satu tahun.

Catatan ibuku di dalam album keluarga
8. Mungkin kerana ibuku dahulu seorang ustazah. Jadi aku telah dijaga berbilang tangan. Sampai ramai yang menegurku, namun aku pula tak kenal.
9. Aku juga sering dibawa ibuku ketika kecil ke Kelas Fardhu Ain. Bergelar anak ustazah mungkin antara sebab pelajar senior tak berani sentuhku ketika di sekolah KAFA. Walaupun kawanku yang lain ramai kena pukul.
10. Aku dikelilingi bapa saudara dan sepupu yang aktif di pentas politik. Menjadi orang besar negeri. Disayangi sultan dan dihormati orang kampung. Mungkin kerana itulah, aku minat politik.
11. Sejak kecil kami ke Pusat Pengumuman Pilihan Raya. Berdebar dan resah menanti result. Duduk pula tepi penyokong PAS. Betambah-tambah lagi resah dek laungan mereka. Dulu Yong masuk bertanding, kemudian Abang Ja. Kini Ayah Ndot pula.
12. Dulu mungkin ketika awal Kampung Belimbing diasas. Moyangku buka madrasah, moyang Abang Sepol sediakan tanah.
13. Atukku pula penghulu. Jadi makku dapat bermacam-macamlah kemewahan. Dari ke sekolah di Pekan naik bot laju/polis? Atukku dulu tegas dengarnya. Juga seorang pemimpin yang berkaliber. Kagum juga dengar ibuku bercerita perihak datukku. Wan Mahussin. Tok De?