Selasa, 18 Ogos 2015

Air dicincang takkan putus;



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله




Berbeza dengan orang-orang lama, nenek moyang kita dahulu. Walaupun berselang dua atau tiga pupu, namun mereka masih sangat mengenali dan rapat.

Jauh berbeza dengan zaman kita. Berlanggar bahu di Mydin pun, mungkin masih tak tahu dianya keluarga kita.

Peluang bertemu ketika kenduri dan berbual dengan orang-orang lama, adalah masa terbaik mengorek cerita silsilah keturunan.

Jika tidak biasa berbual dengan orang tua, memang kekok mulanya. Tapi jika selalu berlatih, oklah Insha Allah. Belajar dari cara orang lain.

Bila dan kena titik persamaan, memang dia akan bercerita tak ingat dunia. Kita hanya perlu soal dan mencelah sekali sekala. Mudah bukan?

Mudah-mudahan. Insha Allah jika panjang umur nanti. Kita mampu ungkapkan kata-kata di bawah ini, buat cucu cicit kita pula nanti:

"Ini bukan orang lain. Anak Pak Tam, Saudara awak juga"
"Awak dengan dia tu, dua pupu"
"Tok awak dengan Tok dia tu, adik beradik"