Selasa, 18 Ogos 2015

Diantara Papan Kenyataan dan Portal;


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



Dia begini. Cantiknya semua Institusi dan organisasi ada Facebook atau portal masing-masing,

Hatta zaman sekarang. Mungkin di sebahagian tempat. Teknik penyebaran maklumat menggunakan Facebook dan portal lebih 'luas capaiannya', berbanding sekadar menampal notis dan pemberitahuan di Papan Kenyataan.

Berbual dengan teman rapat.
Di sebahagian jabatan. Trend mesyuarat kini, hanya menggunakan WhatsApp (Walaupun ada juga yang kurang selesa begini). Positifnya, menjimatkan masa.

Semua ahli boleh lakukan kerja masing-masing. Tanpa perlu berkumpul di satu tempat untuk berbincang, memberi idea. Siap boleh datangkan 'link laman web' lagi ketika membentangkan 'contoh'. Bagi melihat tapak 'projek', hanya perlu 'capture' gambar dan tunjuk.

Masjid, Surau, Sekolah, Madrasah atau Pondok juga. Boleh hebahkan jadual pengajian dan aktiviti dengan lebih meluas. Hatta Pak Man yang sedang rehat di RnR Temerloh, Makcik Kiah yang sedang melesung belacan, Abu yang sedang berbaring di katil, Joyah yang sedang naik bas, semuanya boleh 'access' dengan makluman.

Bagi IPT-IPT, sudah kemestian. Dokumen peribadi kini, tidak perlu lagi menghantar secara hardcopy. Cukup scan, attach dan upload ke portal.

Malah, tugas mencari info maklumat, menyiasat, membaca jalan dan membuat pilihan juga lebih mudah. Adakala, duduk dan fokus scroll internet di smartphone lebih memberikan hasil yang pantas berbanding terjah mencari maklumat diluar (walau, tidak semuanya begini).

Justeru. Portal institusi, jabatan, sekolah, kelab, persatuan perlu di-upgrade. Bagi lebih mesra pengguna.

Kalau pandai atur 'Kumpulan, Page, Friends'. Boleh je wall kita dipenuhi dengan benda yang bermanafaat. Siap rasa macam berada kat perpustakaan lagi,

Sebab terlalu banyak info dari penulis ensiklopedia, pengalaman figura Travelog, susunan ayat penulis novel, Teguran ilmu dari Cendekiawan, idea luar kotak dari Pemikir, motivasi dari aktivis dakwah dan sukarelawan sosial.

Namun kita tak nafikan. Ruang kefasadan dan Dajjal juga semakin terbentang luas.
Memandang 10-15 tahun dahulu. Alangkah berbezanya dunia ketika itu.