بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
Alhamdulillah.. Aku fikir hal aku di Pondok Pasir Tumboh dah setel.
Budak-budak ni kata nak tolong post-kan beg dan kitab-kitab aku yang baru jumpa tu. Isu tong gas pun dah setel, bila Epah kata, mereka dah niat wakaf. Kiranya, tak perlulah aku ke sana untuk bayar gas, yang aku dah guna hampir tiap-tiap hari selama lebih kurang enam bulan.
Rasa terharu pula... Cheewah,
Rasa bersyukur pada Allah.swt, sebab kurniakan kawan-kawan yang sangat baik kepadaku. Huzaifah, Din, Nik, Azim dan kawan-kawan yang lain. Dalam kepalaku, yang best pasal Pondok Pasir Tumboh pastinya pengajian-pengajian di sana. Namun, wajah-wajah korang menyebabkan ada jugalah terselit rasa gembira, ketika bergaul dengan Tok Fakir Pondok (Gelaran budak pondok di Pattani).
Mereka adalah kawan-kawan rapatku di Pondok. Walaupun aku ni jenis suka Lone Ranger (hidup sendiri). Tapi adakalanya, selalu juga kami duduk bersembang.
Mereka datang dari pelbagai dunia. Din sebelum ini kerja pasaraya, kedai makan. Azim sebelum ini belajar di Kolej Shahputra. Huzaifah malas nak sambung belajar di Sekolah Menengah, jadi bapa saudaranya terus hantar pondok. Nik sebelum ini belajar di Kolej Masakan.
Semuanya, aku pernah borak. Memang best bila dapat mengetahui sejarah hidup seseorang.
Mungkin rezeki aku tidak lama di sana.
Aku berdoa pada Allah.swt. Semoga Allah.swt mengurniakan aku semakin banyak Ilmu Agama. Masyi dalam Alquran, Fiqh, Tajwid, Qiraat, Nahu dan Ilmu-ilmu Agama dan dunia yang lain.
Insha Allah kalau masuk Syurga. Aku cadang nak buat majlis ta'lim dalam Syurga. Minta Allah berikanku tenaga pengajar yang 'alim dan hebat. Lalu kami dapat berguru dengan best-nya.
Seronoknya Majlis Ilmu...
Aku rindu sangat suasana Majlis Ilmu baik di Mesir mahupun Pondok Pasir Tumboh. Allah.swt Maha Pemberi Nikmat.....