بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
18 Julai 2015;
Melihat budak-budak datang beraya,
Teringat zaman sekolah rendah dulu;
Teringat zaman sekolah rendah dulu;
Masa itu nasi lemak sepinggan 20¢, keropok 10¢, secawan air berperisa 10¢.
Biasa kalau tanya kawan-kawan, majoriti bawa 20¢ ke sekolah. Adalah, dua tiga anak orang senang sikit, bawa 50¢ dan ada $1. Ada juga sahabat baik yang tak bawa duit. Hanya bawa bekal dari rumah.
Tapi kumpulan yang last itulah jadi perhatian. Ramai nak me-ngecek sikit (pow cara sopan).
Waktu petang.
Waktu kelas agama petang, ramai teman-teman yang bawa kuih muih lebih dari rumah. Ada bawa kuih kacang, serbuk sagu, cek mek molek. Mereka cari tiang-tiang kaki lima kelas dan duduk untuk berniaga.
Biasalah kan suasana raya akhir tahun 90an,
Rumah-rumah banyak beri 20¢. Tapi ada juga yang beri $1. Maka sudah semestinya, rumah $1 tersebut sangat terkenal dalam kalangan budak-budak. Namapun budak-budak kan..,
Dalam setahun, paling kurang ada satu musim. Musim itu dipanggil musim kereta.
Audi, Tamiya, 496, Dashankuro... Nama ini sangat familiar ketika itu. Longkang panjang belakang kelas, menjadi tempat pelajar beradu kelajuan kereta. Bestnya longkang, kereta boleh melintas dengan mudah dan cantik berbanding di litar mini,
Lumrah raya kan. Cepat je flash-back kenangan lalu.
Lupa nak tanya adik-adik tadi. Zaman sekarang, apa je boleh dibeli dengan $1?...... hmm