بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
Aku tak boleh betul tengok rancangan agama di TV. Rasa takut-takut je. Bila terbuka je rancangan agama. Kalau depan keluarga, aku cuba alih chanel lain. Tapi kalau sorang-sorang, aku ikuti dulu sedikit. Kalau rasa payah nak terima, terus ubah chanel.
Banyak sungguh yang aku tak setuju. Method penyampaian ilmu asatizah juga banyak yang lain dari aku belajar. Padahal masa di Mesir, lepastu Pondok. Aku rasa dah ikut banyak method ulama dari pelbagai latar belakang. Aliran Alazhar, Hadramaut Yaman, Syria, Indonesia, Patani dan Pondok.
Sebab tu aku rasa. Cara dan method ilmu Asatizah Selebriti di TV, majoritinya bukanlah datang dari aliran di atas. Aku rasalah Insha Allah (rasa semata-mata, bukan base kepada kaji selidik);
1. Ilmu mereka banyak datang dari buku. Buku berbahasa melayu di kedai yang topiknya sesuai dengan apa yang mereka nak ceramahkan.
2. Terjumpa video di Youtube. Tambahan hujjah pula bernas.
3. Hasil analogi akal sendiri.
Sebab tu aku setuju dengan kata guru. Mereka ini setepatnya tak sesuai dipanggil Wahhabi. Sebab mereka bukan leader-nya. Mereka sekadar pengikut kepada hujjah yang bernas. Lebih sesuai digelar aliran modenis. Mudah ditemui dalam kalangan siswazah dan graduan universiti.
Justeru. Penting bagi Ulama untuk perhatikan aliran modenis ini. Ancaman mereka, walaupun tidaklah sekuat Wahhabi. Namun, kumpulan mereka ramai. Kalau semuanya di akseskan dengan sumber Wahhabi dan terpengaruh. Teruk juga nak memulihkan itu. Paling bahaya, jika mereka pula menjadi tentera yang menyebarkan fahaman Wahhabi.
Bagi aku. Ulama dan Tuan-tuan guru sekarang. Cantik kalau terjun ke medan universiti. Ambillah Master PhD. Kuasai IPT-IPT. Mungkin ramai yang kurang memandang laman Universiti di Malaysia, kerana faktor kualiti ilmunya. Namun, aku lebih memandang dari sudut dakwah dan bimbingan.
Bak kata guru. Nak ubah masyarakat di Malaysia. Tempat terbaik nak mula adalah di universiti. Sebab nanti, golongan yang akan terjun dan membimboing masyarakat dan institusi pendidikan Malaysia datangnya dari kumpulan ini.
Dengan corak pemikiran orang awam Malaysia sekarang. Yang lebih menghormati dan menurut kata seorang Dr.PhD. Berbanding seorang Tok Guru yang punyai rantaian sanad yang tinggi lagi banyak, malah mutqin dalam semua bidang agama. Maka bagiku, mengambil Master dan PhD juga suatu strategi dakwah yang sangat berkesan.
Aku tahu. isu ini amat sensitif khususnya bagi warga pondok. Anggaplah, ianya sekadar pandanganku hasil dari pemerhatian aku yang lemah. Yang banyak lagi perlu belajar.
Mudah-mudahan Allah.swt sayang dan memelihara Malaysia..