Ahad, 30 Ogos 2015

Semangat Patriotisma

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



Tahun ini semakin ketara. Roh semangat patriotik semakin menipis. Tiada lagi kibaran semangat Jalur Gemilang di kenderaan dan rumah-rumah.

Teringat aku suatu ketika dahulu, ketika aku kecil. Bukan setakat memasang bendera di rumah. Malah di motor juga kami lekatkan bendera. Perasaan cintakan negara membuak-buak.

Aku mula perasan beberapa minggu sebelum ini. Suasana patriotik khususnya di Televisyen seoalah-olah sepi. Hanya RTM yang letakkan widget bendera Malaysia. Disamping lagu patriotik yang kurang zupnya. Stesen Televisyen lain, seperti TV Alhijrah memang sunyi terus ketika itu. Belum cerita di luar lagi.

Namun  Alhamdulillah. Dalam mingu ini, seolah-olah satu gerakan menyemarakkan Hari Kebangsaan kembali aktif. Di Televisyen dan di bandar-bandar. Tokoh-tokoh yang 'ahli' seperti Tan Sri Rais Yatim juga dipanggil ke sesi bual bicara. Lagu yang bersemangat juga telah wujud, Sehati Sejiwa nyanyian Alif Satar (Muziknya seolah-olah sama dengan sebuah lagu nasyid awal tahun 2000 dahulu, wallahua'lam).

Semangat patriotik ini sebenarnya hanya kecil. Ia melambangkan banyak perkara;

1. Seorang yang tidak bersemangat menerapkan patriotisme, sepatutnya tidak layak diberikan undi untuk menjadi pemimpin di Malaysia.
2. Memberikan kita gambaran. Samaada rakyat Malaysia kini lebih banyak 'nak beri' atau 'nak minta' dengan negara.
3. Adakah cengkaman Umat Islam terhadap Tanah Melayu ini masih kuat atau semakin longgar. Kalah dengan pemikiran liberalisme. Yang menyamaratakan semua agama. (Tak nampak kaitannya bukan? Cuba fikir dalam sedalam dalamnya. Insha Allah anda akan faham kaitannya).
4. Sikap Rakyat Malaysia kini. Adakah cenderung kepada memperbaiki (lalu terkorban diri) atau meruntuhkan (namun merisikokan negara).
5. Adakah wujud sikap cintakan negara dan sanggup bermandi darah untuknya. Atau sekadar inginkan kuasa. Patriotisme tak penting pun. Jika peperangan berlaku, boleh lari ke Tembok Besar Cina. Adakah begitu DAP?
6. Betapa di saat ini. Semangat patriotisme sangat membantu mengukuhkan cengkaman Islam di Malaysia.
7. Semangat Patriotisme sebenarnya ubat kuat. Buat rakyat negara ini berani menongkah arus, untuk berjaya dan mengharumkan nama negara. Kita rindukan semangat 'MALAYSIA BOLEH !!!'.

Malaysia adalah Tanah Melayu. Melayu kukuh kerana Islam-nya.