بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
Budaya belajar kerana sijil;
Teringat kisah Habib Ahmad Almaqdi selalu cerita (lebih kurang);
"Satu orang berdiri di depan pintu gerbang jamiah (U). Dia rasa dirinya jahil dan memang padanya sekarang tiada apa-apa. Kemudian, selepas beberapa tahun, dia berjaya tamat dan beroleh sijil. Dia berdiri lagi sekali di depan pintu gerbang. Dia katakan;
"Sekarang aku masih rasakan diriku jahil. Namun, padaku ada segenggam sijil.""
Adakala dunia patut belajar dari budaya pengajian talaqqi. Baik dimana sahaja di seluruh dunia. Sistem ini sangat masyhur. Dari Mauritania ke Mesir, Syria, Yaman, Patani, Indonesia dan Malaysia. Belajar kerana ilmu bukan kerana sijil.
Menuntut ilmu suatu ibadah.Menghilangkan kejahilan suatu tuntutan.
Jika di sebahagian tempat.
Hatta hari cuti umum seperti Hari Asyura juga, akan ada pengajian seperti periwayatan Hadith Musalsal. Dan setengah tempat yang lain, sebaik cuti pengajian, pelajar akan berebut pula untuk menghadiri dawroh (Semacam kursus. Mengaji kitab secara berkala dan biasanya sekejap) di madrasah yang lain. Bagi yang bekerja, seperti di Yaman, malam dijadikan waktu menuntut ilmu.
Berbeza bukan dengan budaya kita sekarang?
Semakin menghampiri cuti semester. Kita semakin gembira. Bermula sahaja cuti, kepala rasa ringan, diri rasa bebas. Buku-buku kita kotakkan. Tiada lagi hubungan diri dengan ilmu.
Lihatlah Salafuna Soleh, juga ulama-ulama kita. Mereka belajar dan berkhidmat untuk ilmu sehingga dicabut nyawa, Malu sangatlah kita... Nak letak muka kat mana.. Jika belajar setakat untuk dapatkan sijil.