Selasa, 18 Ogos 2015

Bertuah teman-teman di Mesir;



بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله




Seronok rasa, bila mendapat khabar, lagi satu Pusat Talaqqi Ilmu Agama Islam telah dibuka di Mesir iaitu Pusat Pengajian Ruwaq Jawi di Hayyu Sabie'.

Sebelum ini, pelajar Malaysia di Mesir khususnya, telah punyai beberapa tempat tumpuan untuk Talaqqi Ilmu Agama Islam. Antaranya Madrasah Dar Hasani, Mudoyyafah Syeikh Ismail Sodiq, Mudoyyafah Syeikh Ali Jum'ah, Zawiyah Syeikh Mahmud, Madrasah MALTAF (Kalau masih wujud) dan Masjid Khazandarah. Selain Ruwaq-ruwaq di Masjid Alazhar dan di rumah-rumah anak negeri.

Hargai Taman Syurga ini selagi masih ada,

Terkenang detik keemasan.
Saat Syria dan Hadhramaut Yaman menjadi puncak kegilaan penuntut Ilmu.
Insha Allah hampir setiap pelajar, pasti punyai hasrat untuk menuntut ilmu atau sekurang-kurangnya merasai 'zuk' menuntut Ilmu di kedua-dua negara ini. Namun sayang, sekarang ianya hanya tinggal kenangan. Disebalik peperangan yang membadai negara.

Sekarang, hanya tinggal berapa tempat lagi di dunia. Menjadi pusat tumpuan Ilmu Agama Islam secara Talaqqi, daqiq dan bersanad.

Banyak ilmu yang semakin pupus.

Habaib, Tuan-tuan guru, Masyaikh, Baba-baba juga semakin ramai yang telah diambil nyawa oleh Allah.swt. Pondok-pondok juga, satu demi satu runtuh dek kerana tiada penyambung legasi. Mana nak cari kepakaran seperti tuan-tuan guru ini. Tambahan dizaman ini, belajar tidaklah lebih hanya kerana kerja dan sijil.

Mudah-mudahan suatu hari nanti.

Semangat yang ditunjukkan oleh teman-teman di Mesir, dalam menggerakkan Majlis Ilmu seperti di Dar Hasani, MALTAF, Pengajian Ruwaq Jawi akan berpindah pula ke Malaysia. Seterusnya membasahi Malaysia dengan limpahan Majlis Talaqqi Ilmu.

Bantuan daripada Kerajaan, NGO dan masyarakat mungkin suatu bonus. Namun yang lebih penting adalah aktivis. Bila aktivis mula bergerak, Insha Allah yang lain akan mengikut. Mengambil pengajaran dari pengalaman tok-tok guru menggerakkan pondok-pondok mereka.