Ahad, 29 April 2018

[ Hospital Kerajaan ; ]

Seronok tengok suasana di hospital. Doktor, pesakit dan jururawat saling hormat menghormati dan sangat caring n understanding. Tidak kira agama atau bangsa. Rasanya kalau begini, hospital kerajaan dah cukup.
.
Rasanya hospital kerajaan semua dah sempurna sangat. Layanan jururawat, komitmen doktor, bayaran murah.
.
Duk perhati-perhati. Rasanya bandingan wad hospital kerajaan dan wad swasta hanyalah seperti hotel 5 bintang dan 2 bintang. Pesakit tetap dilayan, cuma mungkin lambat . Makan tetap ada, mencukupi dan sedap, cuma mungkin tidak mewah. Katil untuk berehat ada je, cuma tiadalah TV ber-astro. Jururawat baik-baik dan friendly, cuma mungkin agak tegas dalam beberapa bab.
.
Wad kelas tiga HTAA pun tidaklah sesak macam 10-20 tahun lepas. Mungkin kini ramai dah ambil insuran, jadi boleh terus dapatkan rawatan di hospital swasta. Mungkin juga SOP hospital yang minimize-kan jangkamasa tahanan wad pesakit. Kesannya, selalu 10%-20% katil wad hospital kerajaan pula kosong. Adakala mencecah 30%.
.
Kalau Hospital Kerajaan dapat improve-kan beberapa perkara. Serius, darjat hospital kerajaan dah sama level dengan swasta. Orang pun tidak perlu langgan insuran. Sebab disini pun akan selesa sangat.
.
1. Perbanyakkan doktor di unit kecemasan. Kurangkan masa menunggu pesakit.
2. Berikan space yang lebih baik kepada penjaga di wad. Longgarkan syarat dan jadikan santai. Hospital swasta boleh buat, kenapa tidak kerajaan.
3. Jadikan percuma buat seluruh rakyat. Tidak hanya kepada kakitangan kerajaan. Walaupun kerajaan adalah majikan kepada penjawat awam, tapi kerajaan-kan milik rakyat. Dari rakyat untuk rakyat.
.
Biarlah hospital swasta menjadi pilihan mereka yang inginkan rawatan kelas 7-8 bintang. Hospital kerajaan dapat beri hospitaliti boleh tidur, boleh makan dan beberapa keperluan asas lain, ok-dah.
.
Jika ada manifesto PRU yang terbaik. Rasanya tidak lain - iaitu Tawaran Rawatan PERUBATAN PERCUMA (Semua sekali termasuk bedah dari A-Z) dan PENDIDIKAN PERCUMA (Dari buaian hingga liang lahad), kepada seluruh rakyat Malaysia. Namapun keperluan asas. Inilah fungsi kerajaan. Mejaga Kebajikan rakyat.
.
Apa guna pakai Mercedes, BMW, AUDI. Kalau nak tumpang pergi bandar kena bayar. Baik tumpang Viva atau Axia je kalau percuma. Apa guna bergelar negara maju kalau serba serbi menekan hidup. Baik jadi negara sederhana sahaja tapi hati tenang dan senang.
.
.
.
p/s: Nilaian bintang tidak mengikut mana-mana skima. Begitu juga hitungan statistik. Sekadar pandangan rawak cara kampung.