Selasa, 17 April 2018

[ Lagenda Sungai Isap Papan, Kuantan ; ]


Jika biasa ke Masjid Sungai Isap Papan. Wajah bilalnya pasti familiar. Salah seorang bernama Hj.Asal. Selalu bertugas, walau menghidap stroke. Namun tiga bulan yang lepas, dia terkena angin ahmar kali kedua. Waktu itu dia baru nak azan. Jadi orang lain yang gantikannya azan. Darah beku pula terbentuk di belakang kepalanya. 

.
Tak tahu pun semua ni. Sebab sukarelawan azan bertukar-tukar. Jadi kitapun tak ambil berat sangat kalau ada tak datang. Masjid dan surau sekitar Kuantan ni kan banyak, dekat-dekat pula. Syurgalah bagi yang suka tukar-tukar angin tempat solat. Cuma kalau lama sangat, tertanya-tanya juga.
.
Tadi baru dapat khabar Bilal Asal meninggal Sabtu lepas, tiga hari selepas salah seorang isterinya meninggal. Isterinya meninggal Hari Rabu.
.
Rasalah juga tersentak tadi. Sebab last jumpa Almarhum waktu selesai solat. Dia panggil. Katanya minta maaf kalau ada apa-apa. Benda tiba-tiba kan. Takde angin takde ribut tiba-tiba minta maaf. Tapi layankan jugalah. Tak bertanya pula sebab apa. Kemudian lama tak nampak. Hampir 3-4 bulan juga. Rupanya, Bilal Asal dah nak pergi.
.
Bilal Asal bagus orangnya. Walau uzur. Berusaha juga nak azan dan bertugas bilal.
.
Pandang kiri kanan. Sedih jugalah. Orang Masjid Sungai Isap Papan ni jenis suka berkhidmat. Jemaahnya baik sangat, dah rasa macam ayah-ayah sendiri. Pergaulan dan usik mengusik mereka berseni. Tapi mungkin sebab peraih ni antara yang mula-mula di Sungai Isap. Jadi umur mereka pun baya 65, 70 ke atas. Setiap tahun. Ada sahaja yang pergi.
.
Cukuplah tu. Mengenang perginya Seorang Lagenda Sungai Isap Papan.