Selasa, 17 April 2018

[ Pegawai Agama FELDA dan FELCRA; ]

Ada parti politik yang berhasrat letakkan pegawai agama di setiap tanah rancangan FELDA. Bagus idea ni. Malah patut diletakkan juga di FELCRA.

.
Siapa yang tinggal di kejiranan peneroka pasti maklum. Betapa dahsyatnya masalah moral di sini. Baik dadah, jenayah rompak dan curi, pergaduhan dan rempit. Yang dah lahirkan anak luar nikah juga ramai. Pengetahuan asas Fardhu Ain juga sangat lemah. Masjid tak hidup.
.
Berbual dengan Abi. Dulu skop tugas pegawai agama hanyalah terhad sekadar mengajar ngaji dan fardhu ain. Itupun dia yang buat sendiri. Kini mungkin kita boleh lainkan.
.
Letakkan pegawai agama sebagai penyelaras, penggerak dan pemantau biah islamiah di setiap gugusan. Pastikan kelas-kelas Fardhu Ain (Tauhid, Fiqh dan Akhlak), juga Kelas Talaqqi Iqra Alquran berjalan konsisten setiap minggu. Majlis sambutan Maulidur rasul, Isra' Mikraj dihidupkan. Adakan program dakwah seperti Malam Kesenian Islam, Camping, kem-kem sunnah dan forum kesedaran.
.
Jika dulu. Semua ini secara ad-hoc. Jadi main tangkap muat. Pakai tala kepada mana-mana staf. Pandai-pandailah dia nak organize. Jadi program dibuat pun sekadar nak isi aktiviti. Lalu matlamat jangka panjang kabur.
.
Tapi jika diwujudkan betul jawatan Pegawai Agama. Semua masalah ini insha Allah kita dapat bendung. Walaupun berdikit-dikit.
.
.
.
#SukaManifestoBernas