Sabtu, 28 April 2018

Travelog Perjalanan Menunaikan Haji 4

Sebaik sampai di Hotel Wafeeden. Hampir 1km juga dari Masjidil Haram. Boleh tahan jauh dia. Tapi inilah asam-garam menunaikan haji. Ujian demi ujian kita kan lalui.
.
Di hotel. Kami ditempatkan sekitar 6 orang sebilik. Lengkap dengan sebekas sorang gula, kopi dan teh. Rasanya cukuplah untuk stok kami di sini. Lagipun kami lebih banyak membeli di bawah. Macam-macam ada. Kalau di dalam kompleks hotel. Makanan pagi boleh kata macam Malaysia-lah, sebab yang menjual tu orang Fathoni tinggal Mekah. Makan dua kali sehari. Makan tengah hari dan malam. Tapi inilah ujian kedua. Walaupun ada yang ok. Tapi ada juga yang sukar nak masuk ke tekak. Kalau persediaan duit cukup-cukup makan. Ada elok juga bawa sos kimbal atau kicap dalam beg bagasi. Letaklah dalam botol plastik dan lilit dengan selotip. Tapi kalau duit banyak. Rasanya berlenggang je lah. Sebab disini semua ada. Kicap pun ada, cuma rasalah mungkin berbeza sedikit.
.
Bagi saya. Saya lebih suka duit diletak dalam bang Tabung Haji. Kita hanya keluar SR100 sekali keluar. Itupun untuk makan-makan sebagai hiburan. Kalau pegang duit banyak-banyak bimbang tangan ni laju je nak habiskan.
.
Perkhidmatan pengeluaran duit juga bolehlah dikatakan mudah. Seperti juga madinah. Cuma untuk setiap zon (dua tiga hotel), adalah satu kaunter pengeluaran duit. Bagi yang suka membeli, belilah di tepi-tepi hotel. Banyak peniaga haram yang menjual. Di situ murah. Jubah-jubah sekitar SR5 atau SR10 je. Kita pun pelik, dari manalah mereka dapat untung.
.
Umrah pertama dilakukan agak lewat juga. Petang kami sampai, malam baru berkumpul untuk umrah. Disebabkan bawa Mie. Kami pergi agak lewat. Sebab ikut geng kerusi roda. Walaupun seorang Mutawwif Andalusia. Tapi malas aku nak buat lone-ranger sangat. Boleh juga aku pelajari cara-cara kerja Tabung Haji.
.
Jika naik scooter. Musim Haji ini agak mahal. Dalam SR100 juga satu tawaf dan SR100 untuk Saei. Tapi adatlah, boleh kata semua benda harga sekali lipat berbanding musim umrah. Klu untuk ke tempat scooter. Semua yang ada flyover dari luar Masjidil Haram terus ke atas, dan jalannya boleh lalu kerusi roda. insha Allah dari situ paling sesuai ke tempat scooter. Rajin-rajinlah bertanya kepada polis atau askar di situ. Buat isyarat dan cakap 'scooter?'. Insha Allah diorang faham.  Kalau nak upah orang tolak. Rasanya dalam SR300. Dia ambil dari bilik hotel dan hantar ke bilik.
.
Walaupun kerusi roda ada tersedia di hotel dalam kuantiti yang agak banyak. Tapi kalau nak bawa sendiri. Pastikan anda cari yang selesa untuk orang tolak. Serius, kerja umrah ni memang letih ujiannya. Ada yang beli Travel Wheelchair, memanglah kecil dan ringan. Tapi nak boleh ke tolak dari hotel ke Masjidil Haram, dengan lalu kawasan berbukit dan jalan tak rata. Memang menyeksakan tukang tolak. Kesian ke anak atau adik beradik kita tu. Jadi kalau dapat, pilih je yang biasa tu. Bukan kata mudah juga, cuma tahan sikit berbanding yang lain. Jadi uji-ujilah dulu sebelum beli atau bawa ke Mekah,
.
Suasana di Mekah lebih mencabar dari Madinah. Orang penuh siang malam. Keluar sahaja dari hotel, terus hinggar binggar dengan orang.
.
Untuk dapatkan waktu paling sesuai untuk tawaf dan saei. rajin-rajinlah buka TV. Di Youtube juga ada. Live video orang tawaf dan saei di Kaabah. Pilih waktu sesuai. Biasanya waktu pukul 10 malam, lepas subuh atau lepas asar. Rengganglah sikit orang. Rasanya sebab waktu makan atau rehat setelah pulun ibadah. Cuma hati-hati takut askar tutup pagar. Terpaksalah tawaf tingkat dua yang agak jauh pusingannya. Musim haji lebih ramai orang berbanding musim umrah.
.
Dalam sejam siaplah umrah. Saei dalam sejam juga. Itu lenggang-lenggang kangkung. Biasa ramai orang cepat lagi dari itu. Untuk tahu tempat-tempat memang pening.  Cara mudah. studi dulu peta guna internet untuk dapat anggar kedudukan-kedudukan dalam masjidil haram. Jalan ke saei ada belah bucu kaabah rukun Iraqi. Belah kanan Hajarul Aswad dan lepas dari pada Maqam Nabi Ibrahim.as.
.
Tambang teksi dari hotel ke Masjidil Haram dalam SR10. Mahalkan? Itu harga biasa orang Malaysia. Kalau pandai tawar. Mungkin dapat lagi murah. Orang belah-belah Afrika biasa dalam SR1-3 je rasanya.
.
Jika nak ke Tanaim sendiri. Ada beberapa cara. Jika naik bas dalam SR1. Cuma agak leceh rasanya. Kalau van dalam SR4 rasanya. Kalau naik teksi dalam SR10 satu kepala. Tapi biasa teksi dia nak complete 4 kepala bersamaan SR40. Kalau kurang cuba negotiate. Kalau pandai mungkin boleh dapat kurang. Saya pergi dengan adik. Pernah dapat SR30. Tapi jangan bimbang. Tabung Haji memang ada sedia perkhidmatan bas SR10. Dia tunggu dalam malam. Semua perkhidmatan di atas mencangkupi hantar, driver tunggu dan pulang ke masjidil haram. Cuma kawasan tempat kita diturun ada bermacam-macam. Biasa dekat bawah terowong. Belakang pembinaan fasa 3. Kalau kena lokasi yang kita biasa, oklah. Cuma bimbang kena tempat tak biasa. Jadi kena rajin tanya orang. Cakap je 'Haram?' sambil tunjuk arah jalan.
.
Antara perkara penting di Mekah pastinya sejadah. Khusus orang lelaki untuk solat jumaat. Kena musim panas, memang mnggeletik kaki. Tapi sejadah atau kertas atau kain itu untuk alas kepala. Adapun kaki, rasanya pijak atas selipar lagi bagus. Untuk elak tetanggung najis, jangan sarung. Juz berpijak atas dia. Tapi kalau nak elak semua tu, datanglah awal ke masjid.
.
Masjid pun ada banyak di sini. Masjid pinggiran. Rajin-rajinlah solat di masjid. Rasa suasana berbeza. Jika nak suasana Malaysia, solat sahaja lima waktu di hotel. Disebabkan surau hotel penuh. Alternatif sebahagian jemaah sendiri. Mereka jadikan koridor tempat untuk solat berjemaah. karpet semua bilik dibawa keluar. Memang kreatif.
.
Di masjidil haram, hatta di Madinah pun. Ada banyak kelas-kelas mengaji untuk orang awam. Jadi boleh duduk dan mengaji. Guru akan mendengar.  Majlis berbuka juga kerap diadakan. Duduk sahaja di tepi hamparan. Menunya kurma balah, roti arab dan sejenis air herba dan juga air zam-zam. Bagi yang tidak suka tidak mengapa. Tapi bagi yang suka, best juga roti itu.
.
Kebanyakan makanan adalah made by Pakistanian atau Indian. Jadi cadangan bagi yang mahu, boleh merasa makanan segera arab yang terkenal iaitu Albaik. Iaitu Fast Food Restaurant yang seperti KFC. Kalau nak makanan Malaysia. Boleh naik Menara jam. Jenguk-jenguk Restoran FELDA. Roti canai sekitar SR5-6 satu keping
.
Bagi yang suka berziarah. Boleh follow Tabung Haji punya ziarah. Bayar dalam SR25 rasanya seorang. Untuk setiap kali ziarah. Bagi persediaan. Boleh beli buku pasal Mekah dan Madinah oleh Dr.Abdul Basit di Malaysia. Jadi bila sampai Tanah Haram. Bila lalu sekitar  Masjidil Haram dan ziarah luar. Boleh imbau sejarah zaman silam. Baru feeling tu ada.
.
Oklah. Dah nak ke Arafah la pula. Nanti kita sambung ye.