Khamis, 14 April 2016

Big Problem


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Sepetutnya aku perlu tidur. Esok pagi nak mengajar. Tapi ada satu perkara aku kena juga tulis. Sebab sedang membelengu aku.

1. Aku sukar nak ulangkaji Fiqh dan ilmu-ilmu yang aku dah belajar. Walaupun aku ada banyak juga masa.

2. Okey. Katalah pagi dari pukul 10.30-12.30 untuk qoilulah. Petang lepas zohor masih boleh kan?

3. Malam aku sampai rumah dalam jam 10 malam. Katakan sejam untuk bersosial dengan keluarga. Pukul 11-12 malam masih boleh kan?

4. Jadi apa masalah aku?

5. Mungkinkah kerana aku tidak menjaga adab? Menyebabkan 'dosa' ini menghalang aku dari murajaah. Walhal untuk isi penting. Kitab berada di depan mata. Dhobitnya bersinar-sinar boleh membantu.

6. Allahu Rabbi. Itulah, banyak sangat complain, mencari salah dan komen ini payah juga. Sebab takut banyak tersilap. Kesannya pada aku juga.

7. Okey. Aku perlu lebih menjaga adab. Kesimpulannya begini.

8. Teringat mafhum kalam Syeikh Rohimuddin;

"Bila tidak mampu untuk bangun malam. Ianya sebab dosa kita"

9. Jadi aku fikir. Dan disokong banyak lagi kisah-kisah yang aku belajar. Sukar untuk murajaah dan beramal dengan ilmu. Kerana tidak memelihara adab.