بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
Baru balik dari jalan-jalan bersama Ikram dan Abrar. Tiada apa-apapun. Sekadar lepak dan relax-relax hujung minggu. Okey juga. Aku bawa kereta. Ikram dan Abrar berbual. Sesekali aku menyampuk.
1. Kesian juga kepada Ikram. Dari sudut gajilah. Adapun dari sudut kesungguhan dan usaha keras. Ikram mungkin lebih perform buat masa ini.
2. Gajinya dalam RM1k lebih sikit kot. Sedangkan Nak dibanding dengan kami. Mungkin 2-3 kali ganda lagi.
3. Insha Allah aku cuba juga untuk bantu. Carikannya lubang. Kereta, rumah, bini, anak-anak, pendidikan. Semua ini bakal dia tanggung suatu hari nanti. Jika gajinya masih kekal di takuk ini. Agak berat pada pandangan umum.
4. Tapi rezeki itu Allah yang beri. Semuanya telah ditetapkan. Adakala peluang dah terbuka luas di depan mata. Tapi sebab bukan rezeki kita. Terlepas juga. Sukar juga kita nak dapat walaupun nampak mudah.
5. Adakala walaupun nampak kompleks dan sukar. Tapi sebab dah ditaqdirkan itu rezeki kita. Mudah sahaja kita dapat. Walau tidak beria berusaha.
6. Apapun. Paling penting buat peringatan. Bidang kita ini bidang berisiko tinggi. Untuk dipersoal di akhirat. Untuk ditimbang. Keikhlasan, kesungguhan dan amanah. Semunya ditagih 100%. Jadi tidak boleh cincai dan main-main.
7. Namun alhamdulillah. Bila perhati kepada teman-teman di bidang ini. Memang nampak kesungguhan mereka mendidik.
8. Mudah-mudahan rezeki kita berkat. Allah redoi dan selamat dunia akhirat.
9. Aku sendiri. teringin nak ceburi bisnes. Dengan harapan boleh buka Yayasan. Boleh bantu biaya maahad-maahad dan guru-guru. Supaya mereka dah tak perlu fikir dunia. Gaji dah tersedia, keperluan hidup dah terjaga.
10. Walaupun kita semakin menghampiri Hari Kiamat. Logiknya kehidupan kita semakin teruk insha Allah. Amanah, tanggungjawab dan keikhlasan semakin terhakis. Tapi kita masih boleh tanam harapan. Ini sutu usaha kecil. tidak mampu ubah dunia. Ubah tempat kita berada pun sudah cukup baik.
11. Sekian. Wassalam