Isnin, 4 April 2016

Ibrah dari Filem Hitam Putih


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Menonton filem hitam putih. Filem zaman dahulu. Membuatkan kita termenung;

1. Perhatikan kepada wajah para pelakon. Selami raut mereka. Tidak ubah seperti kita. Muda bergetah. Segar. Cuma dalam warna hitam putih sahaja.

2. Lihat baju melayu, kain pelikat dan kopiah bapa mertua P. Ramlee dalam Filem Madu Tiga. Sama seperti pakaian kita sekarang. Baju kot bertie P.Ramlee, juga sama seperti kita.

3. Hidup ini tidak lama. Lagi lebih kurang 20-30 tahun matilah kita Insha Allah. Itupun jika umur panjang. Melihat kepada kesegaran pelakon-pelakon itu. Namun mungkin sekarang, majoriti mereka telah kembali ke Barzakh.

4. Saat di dalam sana. Kita mungkin mengimbau perilaku kita ketika hidup. Mampukah kita tersenyum, atau sebaliknya? Kerana kita rasa malu dengan pilihan perjalanan hidup kita.

5. Untung hanya jika kita pilih jalan yang Allah redoi. Tinggal maksiat. Bersungguh berbuat taat.

6. Hidup ini hanya pentas sementara. Menagih kita membuat pilihan yang tepat. Untuk kelangsungan di Akhirat kelak.