Isnin, 11 April 2016

Rindu Pakcik Makcik Masjid Taqwa


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Masa tengah mengajar tadi. tiba-tiba hatiku teringat makcik-makcik, anak muridku di Majid Taqwa. Terkenang ragam mereka yang mencuit hati. Teringat Tok Selamah, Makcik Maznah, Makcik Normala, Makcik Wan, Pakcik Mohd Nor dan lain-lain. Tanpa sedar. Rupanya aku tersenyum. Cepat-cepat aku cover dengan ikut bacaan muridku.

Jauh dilubuk hati. Aku rasa sayu. rasa nak menangis. Rindu. rindu dengan suasana ketika itu.

Tapi nak buat macam mana. Inilah yang dinama kehidupan. Kenangan itu memang indah. Tapi tidak boleh diundur. Kita cuma boleh bina kenangan baru.

Teringat Makcik Zainab. Meninggal dah dia. Teringat Makcik Zainab selalu datang awal. Sebab nak memgaji awal coz nek balik aawal. Sebab tak tahan sejuk dan nak kencing. Makcik Zainab selalu silap bab dengung. Katanya tahu, sebab ustaz-ustaz sebelum ini ada tegur.

Masa lawat dengan Farid dulu. Ketika di HTAA. Aku bawa Air zam-zam. Dia ambil dan minum sedikit, mungkin nak ambil hati. Sebab dia tidak boleh minum ketika itu rasanya.

Entahlah. Aku tiba-tiba rasa sangat rindu pada mereka. Mereka pun rindu aku ke? Kata orang, jika kita rindu seseorang, maknanya diapun ingat kita.

Mudah-mudahan Allah temukan kami di Syurga nanti. Ya Allah selamatkan semua anak muridku di Dunia dan Akhirat. Jadikanlah pertemuan kami, pertemuan yang diberkati dan dirahmati.

Alfatihah buat Makcik Zainab dan seluruh Umat Islam.