Khamis, 16 Jun 2016

Budak Masjid


بسم الله الرحمن الرحيم


الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Tadi azan asar. Dengar suara budak. Versi azan Mekah. Terbuai rasa dengar;

1. Antara masjid yang terlihat ramai budak. Masjid Saidina Uthman Bukit Rangin. Masjidnya mesra kanak-kanak. Selalu anjur program kanak-kanak. Ada main pimpong di perkarangan masjid. Ada kem motivasi. Ada ruang bacaan.

2. Masa sekolah rendah dulu ada seorang kawan kamcing. Dia selalu ikut tuk dia. Khidmat untuk masjid. Jadi dari cuci ke kenali jemaah tua. Dia dah mahir. Bila kawan-kawan dia datang masjid. Tak rasa kekok atau asing. Sebab dia ada. Pernah satu hari dia ke sekolah. Tiba-tiba dia berbisik. Katanya lupa tanggal kain pelekat. Dia pakai kain pelikat kat dalam, seluar kat luar... hehe. Kawan-kawan gelakkan dia. Tapi kawan-kawan juga mula tertarik. Nak join Solat Subuh sekali kat masjid.

3. Masa terawikh tahun 2009. Satu tok imam ni bawalah ramai budak-budak kecik. Pelajar tingkatan satu. Badan halus, suarapun halus. Mintalah masing-masing bawa dua rakaat. Baca juzuk satu. Bila habis solat. Masa bermoreh. Orang kampung ramailah datang jenguk. Makcik-makcik pun datang. Nak tengok wajah 'imam-imam kecil' ni. Di waktu lain. Ada jemaah datang beritahu. Anak kecil dia dah tempah jubah. Sebab suka tengok jubah imam.

4. Ketika satu mesyuarat ajk masjid. Sebelum Ramadhan baru ini. Ada cadangan minta moreh dikekalkan. Sebab nak hiburkan budak-budak. Cadangan duit raya juga ada. Sebab nak tarik minat budak ke masjid. Malah sebelum ini juga. Ketika solat. Ada jemaah yang selit RM1 kepada anak-anak yang hadir. Senyum lebar budak-budak. Mereka tunggu sampai habis salam.

5. Kut-kut ada job lebih. Tukang selawat ke. Tukang azan ke. Tukang angkut air ke. Tukang usung tabung derma ke. Berilah kat depa. Kasi ikat itu rohani. Baru anak-anak rasa suka. Amacam? Ada beran?