Rabu, 22 Jun 2016

Petikan Novel: Talaqqi Alquran di Shoubro


بسم الله الرحمن الرحيم


الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Tengah hari itu Syahmi masuk bertalaqqi agak lambat. Walaupun kelasnya habis seawal pukul 11 pagi. Tiba-tiba perutnya terasa lapar pula.

“Alamak. Terasa lapar la pula. Nak cari makan kat kedai mana ya?”
“Rasanya kalau yang adapun mungkin khusyari*. Bolehlah.. Kedai sandwish macam jauh pula nak pergi.”Syahmi berdialog sendirian di dalam hati.

Memang walaupun telah hampir tengah hari. Budaya Arab Mesir ini akan buka kedai agak lewat. Jika kedai yang buka awalpun jenis yang sediakan makan pagi, kedai jus dan kedai runcit. Jika difikir-fikir secara positif, ada rasionalnya juga. Kerana hanya kedai-kedai inilah yang menjadi tumpuan diwaktu pagi ini. Adapun restoran makanan berat seperti ayam panggang dan nasi mandi, atau kedai hardware dan perkakas rumah biasanya akan laris diwaktu petang membawa ke malam.

Memang sengaja Syahmi tidak mempelawa rakan-rakannya makan sekali. Takut bila termula berborak nanti, memang payah nak berhenti. Syahmi perlu jimatkan seberapa banyak masa yang boleh. Dia makan pun kerana nak hilangkan lapar. Takut mengganggu ketika bertalaqqi nanti. Apatah lagi ayat Alquran yang dia bakal bacakan dengan Syeikh Hussin sekejap lagi pun belum dilancarkan.

“Amboih Syahmi. Laju benar makannya.. Nak cepat talaqqi ke?” Tegur Hannan. Setelah dilihat Syahmi agak pantas masuk ke restoran khusyari dan terus membuat pesanan.
“Hehehe…” Syahmi hanya tersenyum dan gelak kecil. Gelak bukan kerana kelakar, tapi untuk mengambil hati rakan sekelasnya itu.

Sebaik selesai makan. Syahmi terus menggalas begnya dan begerak ke Masjid Khazandarah. Sebelum itu Syahmi sempat membuat isyarat meminta izin beredar kepada rakan-rakannya di restoran tersebut. Hannan hanya mengangguk tersenyum. Hannan dan kawan-kawannya tengah rancak berbual.

Bagi mereka, pemandangan berkejar ke Majlis Pengajian begini tidaklah janggal di Mesir. Mereka telah biasa dengan suasana begini. Bagi merekapun, jika tidak kerana bacaan Alquran mereka telah dilancarkan terlebih dahulu di rumah tadi. Mereka juga mungkin akan terkejar seperti Syahmi. Inilah kelebihan bagi mereka yang tinggal berdekatan dengan Masjid Khazandarah atau Maahad Qiraat Shoubro.

Berbanding Syahmi yang tinggal jauh di Hayyu asyir. Mereka pula tidak perlu habiskan masa 1-2 jam di atas bas atau van semata-mata untuk datang ke kulliah. Namun di pihak Syahmi pula, dia juga ada kelebihan dari sudut dapat bergaul dengan pelajar-pelajar Syariah, Usuluddin, Lughah, perubatan dan pergigian. Banyak manfaat seperti bimbingan ilmu yang boleh dia terima khususnya jika melibatkan diluar bidang Ilmu Qiraat.

Sykurlah kedudukan Masjid Khazandarah hanyalah bersebelahan dengan  Maahad Qiraat  Shoubro. Syeikh-syeikh yang mengajar talaqqi Alquran di Masjid Khazandarah dan Maahad Shoubro juga adalah syeikh-syeikh yang sama. Sebaik selesai mengajar teori dan praktikal secara ramai-ramai di kelas. Syeikh akan berpindah pula ke Masjid Khazandarah. Di situ setiap pelajar diberi peluang bertalaqqi 30juzuk Alquran secara individu dengan Syeikh. 

Kelas di Masjid Khazandarah tidaklah wajib seperti di Maahad. Tapi pelajar tetap juga pergi kerana ingin mantapkan lagi penguasaan Ilmu Qiraat. Sementelah ianya telah menjadi budaya bagi pelajar Qiraat di Mesir. Amat pelik bagi pelajar yang sekadar belajar di kelas namun tidak hadir ke kelas talaqqi. Syeikh Muhammad antara yang selalu mengingatkan untuk tekankan terhadap penguasaan ilmu dan bukan mengejar sijil semata-mata.

Sebaik sampai, Syahmi terus menuju kepada Syeikh Hussin. Syahmi mendapat giliran ke empat untuk membaca.

“Alhamdulillah dapat giliran keempat.. Sempat juga nak bagi pelancar bacaan dahulu.” Syukur Syahmi di dalam hati.
Syahmi sekadar membacakan bacaan yang biasa dibaca oleh masyarakat, bacaan Qiraat Hafs ‘an ‘Asim. Tujuannya untuk memahirkan terlebih dahulu lidahnya dengan sebutan yang betul. Kemudian setelah khatam 30juzuk. Barulah Syahmi akan berpindah kepada 10 bacaan yang lain. Beliau akan mulakan dengan Thoriq Shatibi* beserta Durrah* terlebih dahulu sebelum berpindah ke Thoriq Jazari*. Mengikut kiraannya, jika istiqamah membaca dengan Syeikh Hussin setiap hari, maka tiga bulan sudah boleh khatam bacaan Qiraat Hafs ‘An ‘Asim dengan Syeikh Hussin.

 Itupun kerana Syahmi hanya boleh menghantar setengah juzuk setiap kali baca. Namun amat munasabah, kerana diwaktu inilah Syahmi bakal dilatih sungguh-sungguh dengan sebutan arab. Baik makhraj atau sifat. Kemudian untuk bacaan qiraat selebihnya yang jika dihimpun mencecah 20 qiraat juga sudah mudah. Kerana Syahmi sudah boleh baca sejuzuk setiap hari. Dalam dua ke tiga tahun Insha Allah habislah. Syahmi bercadang ingin habiskan semua bacaan tersebut dengan Syeikh Tolhah.

“Yang penting aku kena besungguh. Ya Allah.. Bantulah aku untuk mahir Ilmu Qiraat ini… Ameen.” Doa Syahmi di dalam hati.

 Di Masjid Khazandarah itu terdapat lebih kurang lima syeikh yang telah mengambil tempat di sudut-sudut  masjid. Syeikh Hussin, Syeikh Tolhah, Syeikh Muhammad, Syeikh Mukhlis dan Syeikh Abdul Hamid. Setiap dari mereka punyai watak tersendiri.

Syeikh Hussin duduk berhampiran pintu masuk. wataknya tersangatlah garang. Pantang tersilap pasti dijerkahnya. Satu masjid akan bergema. Tapi yang seronoknya kita akan lebih peka terhadap bacaan Alquran.

Syeikh Tolhah duduk di saf pertama sebelah kanan dan Syeikh Mukhlis pula di tengah kiri masjid. Mereka berdua suka berbual, Mereka selalu bertanya perihal Malaysia kepada anak-anak muridnya.
Syeikh Muhammad pula di pintu masuk sebelah kiri masjid. Beliau pandai berbahasa Melayu. Beliau pernah berada di Malaysia selama 6-7 bulan. Beliau juga amat perihatin dengan masalah pelajar Malaysia di Mesir. Jika punyai masalah sahaja, pelajar Malaysia khususnya Qiraat akan terus mencari Syeikh Muhammad.

Dan syeikh yang terakhir dan tempatnya di saf pertama sebelah kiri masjid adalah Syeikh Hamid. insan yang sangat lemah-lembut. Langsung berlawanan dengan perilaku rata-rata masyarakat arab Mesir. Jika ada sahaja pelajarnya yang tersalah baca, maka beliau akan tegur sambil mencium ubun pelajarnya. Cara jalannya juga perlahan dan tangannya juga sangat lembut.

“Rasa tenang kan duduk dalam masjid ni?” Luah Hannan yang baru duduk di tepinya. Baru habis makan lah tu.
“A’ah.. Redup sahaja.” Balas Syahmi menyokong.
“Tapi satu sahaja yang buat aku tak tenang.” Syahmi menambah.
“Apa tu?” Soal Hannan tertanya-tanya.
“Bau bawang kushyari kau tu kuat sangat. Kalu ye pun.. Kumurlah dulu. Takpun kau beli je colgate kat market depan tu.” Sindir Syahmi .
“Hahaha…” Ketawa Hannan separuh kuat, geli hati dengan gurauan Syahmi . Terlupa pula dia Syeikh Hussin di depan. Cepat-cepat dia menutup mulut dengan beg galasnya. Syeikh Hussin memandang pelik pada mereka berdua. Syahmi dan Hannan hanya mampu tersengih pada Syeikh Hussin.