Isnin, 6 Jun 2016

Coretan hidup ini


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله


Hidup ini.
Adakala ia payah. Adakala terlalu mudah,

Ketika susah. Susahnya bukan main.
Puas mengerah otak mencari jalan keluar.
Gagal plan A cuba plan B. Sampai empat ke lima plan.
Usaha juga buat. Adakala sampai jalan buntu.

Tapi bila dan mudah. Buka pintu muncul rezeki.
Pergi ke dinding terlihat peluang.
Tengah tidur dihidang tawaran.

Hidup ini.
Adakala bermula payah. Nantinya menyusul mudah.

Di awalnya terasa sukar. Namun tegar ditempuh jua.
Malu, sakit, marah, pedih. Perlu diharung.
Sampai tidak terfikir memijak duri. Kerana otak fikir nak pijak duri lain.
Terjerumus dalam situasi kompleks. Terasa sangat hina.
Seolah-olah jasad dan minda terpisah. Dunia realitikah ini?

Kemudian mudah menyusul.
Situasi yang sama. Tapi terasa mudah.
Anggota seakan automatik. Bertindak balas dengan keadaan.
Badan seakan melayang. Dijulang bagai adiwira.
Bermimpikah aku. Aku dimana ni?

Hidup ini.
Susahnya ujian. mudahpun ujian.

Ketika susah. Yang diuji adalah sabar.
Ketika mudah. Yang diuji adalah sikap.



Oleh: Pakwan (12:17pg. 7 Jun 2016)