بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله
Shhh.. Jaga-jaga.. Aku takut nanti tenggelam ! :
1. Antara saat yang buat aku rasa cuak. Masa masuk KL. Bayangkan jika kita ikut LPT dari Pahang. Kiri kanan pokok hijau. Bila masuk sahaja Ampang. Kita dapati keliling kita batu. Dunia batu !
2. Ui... Berat tu ! Jalan raya batu. Banggunan yang 5-6 kali super besar kali ganda dari ECM, Mega atau Kuantan Parade batu. Jambatan yang melintang sana sini batu. Hatta pembahagi jalan pun batu !
3. Diorang tak takut tenggelam ke? Andaikata tanah dah tak mampu tampung berat diorang. Nak je aku cakap kat orang KL yang jalan kuat-kuat tu..
"Pelan-pelan jalan. Takut nanti tanah jerlus !"
4. Kalau korang nak pergi Paloh Hinai. Dari Maran. Ikut Jalan Serengkam, lalu Belimbing, tempuh Pelak dan kemudian Paloh Hinai. Korang akan lalu satu jalan. Nama dia CDCP.
5. Kalau korang perasan. Ada satu tempat jalan dia tak rata. Bergerutu. Kawasan tu berpaya sikit.
6. Menurut cerita. Dulunya tu kawasan paya. Jadi sebab nak bina jalan. Diorang tambak. Dengarnya dah berapa buah bukit diorang gondol, sebab nak ambil tanah. Kesnya, setiap kali tambak. Tanah itu akan mendap dan tanah belah tepi jalan pula naik ke atas. Jadi bentuk 'W'.
7. Sebab tu setiapkali masuk KL je. Aku terbayang cerita Jalan CDCP ni.
"Uii.. Orang KL tak takut tenggelam ke?"