Selasa, 7 Jun 2016

Rasa nak enjoy


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله

Malam ni aku baru lepas bertugas. Jadi mood nak enjoy. Esok tidak bertugas. Tapi duk kerling kiri-kanan. Nak enjoy apanya?

1. Nak pergi bandar macam tahun-tahun lepas? Kalau merayap tanpa tujuan. Memang aku malas. Sebelum ni pun sebab jalan-jalan dengan Anip. kira boleh borak-borak.

2. Kalau kat Mesir dulu. Biasanya puasa. kelas cuti. Jadi waktu malam layan movie. ( ops !). Sebab habis Terawikh dalam pukul 10.30-11.00mlm. Subuh pula pukul 3 pagi. Jadi kalau nak tidur memang tidak sempat. Lepas subuhlah baru nak terbungkang.

3. Sekali-sekala. Lepak kat City Star dengan budak-budak ni.

4. Rasanya kalau nak cerita pengalaman berpuasa di pelbagai tempat. Sepanjang hidup aku. Best juga. Tapi dah lewat. Insha Allah teringin juga nak cerita.

Alhamdulillah. baru rasa nak enjoy. Terbaca satu post dari Grup telegram Pencinta Rasulullah. Satu keratan kata-kata Habib Omar. Malam Ramadhan untuk menangis. Bukan untuk main-main. Okey.. Terima kasih. Amat membantu diri ini...sob sob..

Hidup ini akan dihisab. Setiap saat dan ketika ia diguna. Kita mungkin tengah menyesal di akhirat nanti. Memerhati cara kita menggunakannya.   Allahu Rabbi.