Selasa, 28 Jun 2016

Mulakan dari Kitab Fiqh baru Hadis


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمدلله والصلاة والسلام على رسول الله



Bersedia. Jangan sampai hilang punca;

1. Teringat. Satu hari pernah Habib Ahmad almaqdi.ha tegur. Sebab ada pelajarnya. Yang baru nak bertatih. Menekuni belajar Hadith. Namun mengabaikan Ilmu Fiqh. Dari sudut dakian tangga pelajar itu tidak kena.

2. Ketika pengajian Kitab Sunan Nasaie. Syeikh Yusri.ha pernah ditanya. Bagaimana cara ulama mengistibatkan hukum berdasar hadith. Syeikh kata. Ulama akan menghimpunkan 'seluruh' hadith yang bekait tentang satu-satu topik.

3. Trend masyarakat kita zaman sekarang. Jika tidak dikepilkan sekali dengan Hadis Shahih. Kita tolak. Jadi untuk beramal. Ketahui selok-belok hukum. Kita payah. Sebab kita kena himpun dahulu berjuta-juta hadis. Kenal pasti shahih atau tidak. Lalu baru kita nak beramal. Untuk peringkat pemula (mubtadi). Cara ini memang tidak sesuai untuk kita.

4. Cara yang terbaik. Diajar oleh ulama-ulama kita. Dengan cara menekuni Kitab Fiqh yang Muktabar. Untuk pemula, menengah dan atas. Semua ada kitab-kitab yang disarankan. Tidak mahu Arab. Kitab Jawi pun ada.

5. Ulama kita bijak. Mereka telah saringkan dalil-dalil. Baik Alquran, hadith mahupun sumber yang lain. Berkait protokol-protokol dalam solat, puasa, zakat, haji dan lain-lain ibadah. Mereka susun bagimana cara nak laksana. Apa syarat sah, rukun, sunat, makruh dan juga perkara yang membatalkannya. Apakah jalan keluar, jika kita tersilap. Semua lengkap.

6. Sebab itu. Kita tidak hairan asatizah-asatizah hebat seperti Syeikh Nuruddin, Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Fadzli Alyamani boleh menjawab setiap masail yang ditanya audiens. Sebab mereka belajar ikut sistem talaqqi. Kulit ke kulit. Sebahagian besar masalah ibadah kita. Semua telah ada dalam kitab. Siap dikaji. Siapa belajar, maka dia dapat.

7. Sudah berapa ribu tahun. Jarak antara Nabi.saw dan kita. Jika beribu-ribu malah mungkin jutaan ulama. Yang alim-alim. Masing-masing telah membuat kajian. Bayangkan betapa mudahnya kerja kita. Hanya tinggal nak belajar sahaja.

8. Tulisan ini buat pemula seperti saya. Tidak ditujukan buat asatizah yang sudah diperingkat tinggi.